Penggunaan Pelincir Ketika Seks, Selamat Atau Tidak?

Ramai pasangan lebih selesa mengunakan pelincir bagi membantu mereka melakukan hubungan intim.Kesakitan dan rasa nyilu yang menyusuk dapat dikurangkan apabila guna pelincir.Ini seterusnya membantu pasangan mewujudkan hubungan lebih mesra dan bererti.namun tidak semua pelincir yang ada dipasaran itu selamat digunakan.

 

 

Pelincir digunakan ketika seks

 

Mengapa pasangan mengunakan pelincir ketika membuat hubungan intim adalah mereka menhadapi beberapa masalah.Antaranya,kekeringan faraj kerana faktor usia,kekeringan faraj akibat serangan penyakit seperti diabetes,untuk mengelakkan melecet pada bahagian faraj dan klitoris serta untuk menambahkan rangsangan seksual dan keseronokan saat berhubungan seksual.

 

Semua masalah diatas tidak bermaksud alat sulit wanita tersebut sudah kurang prestasi dalam mengeluarkan hormon.Ini kerana masalah kekeringan faraj itu berlaku disebabkan faktor seperti:

 

  • penyakit diabetes-akibat pengaliran darah yang tidak lancar
  • penyakit jangkitan kuman dan kulat pada faraj
  • penurunan hormon estrogen akibat faktor usia(menapous),pembedahan pembuangan rahim dan ovari,kanser payudara,ubat-ubatan tertentu,masalah mental dam psikologi serta diabetes

 

Untuk membantu pasangan memilih pelincir yang selamat dijual dipasaran,admin mencadangkan beberapa jenis pelincir seperti:

 

1)Pelincir berasaskan air dengan gliselin

 

 

 

  • Ia lebih murah tetapi cepat kering dan menjadi melekit,tetapi kawasan yang sudah disapu ini boleh dicampurkan sedikir air atau air liur,ia akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi licin semula.
  • Ia juga boleh menyebabkan jankitan kulat candida atau keputihan
  • jika produk mengandungi parabens ia boleh menyebabkan iritasi kepada faraj dan kulit
  • Sesuai digunakan dengan kondom latex
  • Ia berasakan air yang dicampur dengan gliserin sentetik yang menyebabkan rasanya sedikit manis.

 

2)Pelincir berasakan air tanpa gliserin

 

 

  • Kelebihan pelincir ini tahan lebih lama daripada gliserin
  • Lebih sesuai untuk wanita yang selalu mengalami jangkitan kulat candida atau keputihan.
  • mempunyai rasa pahit dan juga boleh menyebabkan iritasi pada faraj dan kulit jika mengandungi parabens dan propylene glycol
  • Ia dapat mengurangkan radang dan ruam kemaluan
  • sesuai digunakan dengan kondom latex

 

3)pelincir silicon

 

  • tahan lebih tiga kali lama berbanding yang lain
  • tidak mudah kering tetapi lebih mahal dan tidak menyebabkan masalah allergy,ia juga susah didapati dipasran.
  • lebih sesuai untuk wanita yang mempunyai kekeringan faraj yang kronik
  • sesuai digunakan dengan kondom latex

 

4)Pelincir berasaskan minyak

 

  • pelincir dengan asas minyak asas minyak asli-minyak zaitun,minyak jagung,mentega,minyak grapeseed dan sebagainya.
  • lebih selamat dan mudah dibuang dari tubuh
  • tidak sesuai jika menggunakan kondom
  • rasa berminyak yang teruk jika digunakan berlebihan

 

5)Pelincir berasakan minyak sintetik

 

 

  • ia tidak sesuai untuk berhubungan sekssual biasa kerana boleh menyebabkan iritasi teruk kepada faraj dan kulit.

 

Pelincir yang dicadangkan ini hanyalah sebagai bantuan sementara untuk mengurangkan rasa tidak selesa semasa melakukan hubungan seksual bersama suami dan untuk mengekalkan kelembapan dalam faraj.Ia bukan rawatan bagi masalah kekeringan faraj.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top