Perbanyakanlah Berdoa Dan Mintalah Agar Orang-Orang Mendoakan Kebaikan Untukmu, Kerana Sesungguhnya … Panduan Doa

“Salam admin,boleh bagi semula doa yang admin bagi masa kita bercakap semalam.”Itu petikan meseg yang dikirim klien baru saya,kurang 8 jam selepas bertemu janji bersama saya menerusi telefon.

 

 

Mungkin anda hendak tahu apakah doa yang dimaksudkan klien saya tersebut?Sebenarnya doa mudah menggunakan Bahasa pertuturan harian memohon petunjuk kepada Allah supaya dimakbulkan.

 

 

 

Saya yakin ramai yang berdoa kepadaNya bila berdepan dengan pebagai ujian.Tapi tidak ramai yang benar-benar berserah kepada Nya bagi menentukan keputusan yang terbaik.Ramai yang lebih suka memohon agar hajat hati atau kemahuan fikiran sendiri diperkenankan oleh Allh SWT walau tidak pasti sama ada hajat atau kehendak tersebut terbaik untuk diri sendiri,pasangan dan anak-anak atau sebaliknya.Sebab itulah ada tikanya bila doa yang diminta daripada Allah SWT dimakbulkan oleh Nya,masalah dan ujian masih ada tikanya lebih parah dah payah.

 

Ada juga berdoa memohon yang terbaik daripada Allah SWT tetapi tidak betul-betul berserah atau lafaz memohon yang terbaik tetapi minda telah ditetapkan dengan sesuatu kehendak.Lantaran ramai yang mengeluh telah berdoa memohon yang terbaik tetapi jawapan daripada Nya tetap tidak berpihak kea rah yang terbaik.Bagaimana hendak betul-betul berserah?

 

1)Jangan letak sebarang keputusan atau pendirian terhadap masalah anda.Terus berdoa supaya Allah beri jawapan yang terbaik untuk diri dan jika ia melibatkan urusan perkahwinan.Berdoa mohon yang terbaik untuk diri sendiri,pasangan dan anak-anak.

 

2)Jangan mohon yang terbaik untuk diri sendiri sahaja sebab yang terbaik untuk anda belum tentu juga yang terbaik umtuk pasangan dan anak-anak.

 

3)Bukan sahaja doa tetapi perlukan juga usaha walau masih tidak pasti jawapannya.Sebagai contoh:perkahwinan sedang menhadapi saat getir sebab suami gagal melaksanakan tanggunjawab memberi nafkah zahir malah ada tikanya bertindak memukul isteri.

 

 

 

Fakta penting:kes ini adalah contoh kegagalan hikmah perkahwinan yang dianjurkan oleh syarak.Bila berdepan keadaan seperti ini,usaha lakukan kehendak syarak iaitu biar suami menjalankan tanggungjawabnya yang wajib dan jangan penuhi kehendak suami yang meminta wang.Jika suami bertidak memukul,segera membuat aduan kepada pihak berkuasa;pihak polis,,dapatkan pengesahan doctor(walau hanya lebam-lebam biasa)dan laporkan juga pada unit aduan dan kaunseling di pejabat agama berdekatan.

 

Sama juga dengan isu solat istikharah sebagai antara usaha dan doa untuk mendapat petunjuk.Saya pernah ditanya,bentuk jawapan yang boleh diperolehi hasil solat istikharh sama mimpi atau kata hati?Saya tidak dapat berikan jawapan yang tepat sebab solat istikharah itu sendiri perlu dilakukan dengan penuh adab dan syarat.Menurut ulama,jawapan akan diberikan melalui mimpi dan juga menerusi kata hati bermaksud rasa hati anda lebih menjurus kepada sesuatu kehendak.Cuma,sama seperti berdoa,paling penting bukan berapa banyak solat istikharah yang anda lakukan tetapi yang utama sejauh mana kebergantugan anda kepada Allah untuk memohon petunjuk dan bimbingan?

 

Luahkan segala isi hati berbicara dengan Nya sama seperti anda meluahkan keresahan ada kepada sahabat baik anda.Gunakanlah Bahasa yang anda faham!,tidak perlu hafal doa dalam Bahasa arab yang anda tidak faham.Allah maha mengatahui dan memahami apa sahaja Bahasa yang anda gunakan.

 

 

 

Tidak cukup pada usaha dan doa tetapi yang paling penting anda harus bangun kerjakan solat.Tidak penting solat sunat hajat atau istikhrah tetapi yang penting adalah solat 5 waktu.Segala masalah dan ujian datangnya dari Allah,bukan saja sebagai kifarat dosa tetapi juga sebagai kasih saying Nya,bukti kita dibawah perhatian Nya.Hanya Dia yang tahu hikmah disebalik ujian yang diberikan Nya lantas menyucikan hati,bersihkan minda dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah SWT mohon yang terbaik.

 

Berdoa tanpa jemu,tanpa mengeluh atau persoalkan bila doa akan dimakbulkan.Doa anda akan dimakbulkan juga dan hikmahnya akan anda rasai bila tiba waktunya nanti.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top