Percayalah, Suami Akan Merasa Lebih Dihargai Sekiranya Anda…..

Admin ingin mengajukan soalan kepada wanita semua.Mengikut fikiran anda apakah yang orang lelaki suka?Anda tentu kata orang lelaki ini hidupnya tenang dan tidak remeh macam orang perempuan.Mereka boleh suka apa sahaja.Merreka suka makan.Mereka suka kapal terbang remote-control.Mereka suka kereta besar.

 

 

Mereka suka tengak cerita yang ada tembak-tembak dan kereta laju.Mereka suka tengak bola di kedai mamak dan macam-macam lagi.Tetapi yang satu ini mungkin anda tidak akan berapa suka iaitu orang lelaki suka tengak pertandingan ratu cantic.Memang betul senarai ini boleh menjadi panjang dan menjadikan hidup orang lelaki menjadi lebih meriah.

 

Anda tidak bersalah jika rasa iri hati dengan kemeriahan hidup orang lelaki.namun begitu ada masa dan ketikanya,mereka akan tinggalkan semua itu.Tidak ada drone,tidak ada lagi kereta laju dan tidak ada ratu dewi remaja yang mampu mengatasi seorang isteri yang berdiri disebelahnya.Ya,isteri yang duduk bersentuh bahu dan selalu memandang mukanya dan menyebut’sayang abang semalam,hari ini dan untuk selamanya.’

 

Namun itu jarang disebut.Yang selalu disebut ialah orang lelaki ini lidahnya keras macam papan.Jangan harapkan mereka fasih lidahnya menyebut ‘Sayang(nama isteri…)’sedangkan isteri perlu mendengar ungkapan seperti itu setiap kali selepas menyedup oksigen semasa bernafas.Sebenarnya suami perlu lebih kerap mendengar panggilan manis begitu daripada isterinya.Anda mungkin akan cepat bertanya,kenapa pula begitu,bukan?Ini kerana diluar pagar rumah terlalu banyak yang menarik perhatiannya.Bukan saya yang cakap tetapi cuba lihat semula senarai yang baru anda fikirkan tadi.

 

Lagi satu sebagai seorang wanita,isteri dan lebih-lebih lagi sebagai seorang ibu anda pasti banyak menerima ucapan ‘sayang..’daripada orang lain.Cuba lihat apabila tiba hari ibu yang disambut yang lalu.Meriah dengan ucapan ‘sayang ibu’,’sayang emak’ dan yang seumpamanya.Tiba pula hai wanita pada 25 Ogos setiap tahun begitu juga meriahnya.Bertuahnya orang perempuan dimalaysia kerana sentiasa disayangi dicintai dan dihargai.

 

 

 

Dimalaysia adalah sedikit kemeriahan hari bapa.Saya tahu itu pun sebab-sebab anak-anak ada minta saya belikan kek.Beruntunglah saya kerana telah kahwin dan ada anak-anak.Kepada lelaki bujang pula tidak ada sambutan hari lelaki.Kalau ada pun mungkin orang tidak menyedarinya.Jadi kesanya disini adalah orang lelaki tidak kiralah sama ada masih bujang atau telah berstatus suami atau ayah sangat jarang menerima ucapan ‘sayang’.Daripada aspek emosi ucapan-ucapan penghargaan begini adalah makanan jiwa kepada semua tidak kira perempuan atau lelaki.

 

Pikat hatinya

 

Anda sebagai tunang dan isteri yang baik,sudah berapa kali hari ini anda memberikan ucapan penghargaan kepada lelaki penting dalam hidup anda itu?Mungkin mulut anda berat untuk mengucapkannya tetapi anda masih boleh menunjukan dengan cara lain.Mari saya kongsi beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya.

 

• Hantarkan wasap atau gambar hati merah besar yang berdenyut-denyut itu.Kalau tidak tahu sila cari dalam telefon pintar anda

 

• Kalau dia pergi ke pejabat dengan tali leher,betul dan luruskan tali lehernya itu walaupun tali leher itu telah elok terurus.Selepas betulkan,cium sikit di pipinya dan senyum tidak perlu cakap apa-apa.

 

• Kalau dia ada briefcase atau beg kerja,masukakn coklat yang dibalut dengan kertas cantik.Kalau anda tidak bakat kraf tangan boleh mintak orang dikedai jual cendermata tolong balutkan.

 

• Kalau anda suri rumah sepenuh masa,sambut dia apabila pulang ke rumah tetapi biarlah dalam keadaan wangi-wangian dan berdandan.

 

• Sesekali ubah susun atur perabot dalam bilik tidur.Tukar langsir,tukar lampu,ubah kedudukan katil,beli tilam baru,lipstick baru atau apa-apa sahaja.

 

• Beli baju tidur mengikut warna dan jenis kain yang dia suka itu lebih baik.

 

• Keluar bersama pegang tanganya masa berjalan.

 

• Belanja makan mengikut menu yang dia suka.

 

• Belikan 2 tiket wayang mengikut jenis cerita yang dia suka.

 

Anda tentu lebih faham dan mengenali suami anda berbanding orang lain,jadi mengapa tidak buatkan dia rasa dihargai dan disanyangi.Apa sahaja idea,usaha,perkataan,layanan atau kata-kata yang dibungkus dengan niat untuk membuatkan dirinya rasa dihargai pasti akan membuatkan dia rasa dihargai.seperti yang telah saya sebutkan daripada awal tadi.orang lelaki hidupnya senang dan mudah digembirakan begitu juga suami.

 

 

Lelaki gemar di sentuh dan dibelai. Jika ajakan untuk hubungan intim sering di tolak, ia sebenarnya melukakan hati mereka. Malahan dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya.

 

 

Selain dari itu, hubungan intim tidak sewajarnya dijadikan alat untuk mengongkong suami. Sebaliknya ia boleh dijadikan senjata untuk para isteri lebih dekat dengan suami.

 

Rasa diperlukan, disayangi dan dihargai oleh insan yang dicintai, suami yang romantis yang ingin berkongsi detik intimasi, sesuatu yang sangat peribadi dan penting hanya dengan anda, pastinya menusuk jauh ke dasar hati.

 

Walaupun ada kala penat dengan tugas harian dan bebanan kerja, hubungan intim sebenarnya mampu memberi kelegaan mental.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top