Pernah Ke Kita Memaafkan Diri Sendiri, Jom Kita Check Cara Memaafkan Diri Sendiri

Pernah Ke Kita Memaafkan Diri Sendiri, Jom Kita Check Cara Memaafkan Diri Sendiri

Pernah tak ada perkara yang kita tak minta, tetiba terjadi, terus potong stim, potong mood kita? Lalu, kita pun steghes tak semena-mena sepanjang hari, sepanjang minggu?

Penting ke nak maafkan diri sendiri ni? Perlu ke?

Kalau penting dan perlu, macam mana kita nak maafkan diri sendiri?

Jum jum kita check 5 cara nak maafkan diri sendiri kat bawah ni.

1. Buat senarai kenapa kita perlu maafkan diri sendiri.

Contohnya, ade satu hari tu, secara tak sengaja disebabkan kita cuai, satu eksiden kecil berlaku menyebabkan kita kena repair kereta dan mengalami cedera ringan.

Jadi, kita kena bagitau diri kita cepat-cepat yang kita perlu maafkan diri kita sendiri supaya kita tak rasa bersalah lagi dengan eksiden pagi tadi.

 

2. Bagitau perasaan masa peristiwa yang tak best tu terjadi

Boleh bagitau pada diri sendiri kenapa kita takut dan tak selesa nak minta maaf.

Misalnya, kita takut duit tak cukup nak repair kereta, dahlah bulan ni pakai banyak duit, tetiba kereta buat hal pulak. Aduhh, parah parah.

 

3. Mengaku pada diri sendiri akan bagi manfaat pada diri kita

Bila dah mengaku ketakutan, kebimbangan tu, cepat-cepat kita pujuk diri kita.

Contohnya, takpelahhh, mesti ade hikmah benda dah nak jadi ni. Mana tau ade rezeki lagi besarrrr ke Allah nak bagi lepas ni. Ni baru ujian kecik. Sabar sabar. Buat ape nak stres stresss. Benda dah jadi kannn. nasib baik aku tak cedera parah ke, hilang kaki ke, kulit terkoyak ke.

Ingat yang baik-baik dari kejadian yang tak diingini ittew.

 

 

4. Mengaku pada diri sendiri jugak akan beri faedah pada orang lain

Lepas dah pujuk diri kita, kita kena fikir yang bila kita okayyy, hepii jerr, dah redhoooo dengan ape yang dah jadi, kita takdelah nak memarah orang tak tentu pasal kan. Takde la nak buat muka ketat jeee 50 jam tak reti senyummm.

Cuba ilek ilek wat pis jeee kann. Makan eskrem ke, dengar lagu best kat radio kee. Buat sumting yang naikkan mood kita balik.

5. Fikir dengan lebih spesifik manfaat yang kita terima lepas kita dah memaafkan diri sendiri

Contohnya, bila kita dah redhoooo, dah boleh berlapang dada dengan ape yang terjadi, kita akan rase lebih bahgia, lebih tenang dan lebih percaya dengan apa yang terjadi pasti pasti ade kebaikan. Hehe.

Jadi, pagi ni kita dah maafkan diri sendiri ke belum?

Bersyukur selalu, percaya setiap apa yang berlaku pasti ade kebaikan yang tersembunyi.

Ceria ceria selalu okayyy?

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.