Plum Mampu Urus Tekanan Darah Tinggi!!!!!

Rasa yang masam manis menyebabkan plum menjadi pilihan ramai.Buah ini banyak ditanam di Amerika dan China.Manfaat plum jarang diketahui ramai.Namun begitu banyak sekali kandungan zat yang terdapat di dalamnya.

 

Jangan keliru antara plum dan prun.prun adalah plum yang telah dikeringkan.Plum pula adalah buah yang masuh segar.Secara botaninya,plum berkaitan dengan pic,nektarin,ceri dan badam.Plum adalah sejenis buah drup atau mengandungi biji keras di bahagian tengah.

 

Dengan lebih daripada 200 variasi yang ditanam,plum boleh dibezakan melalui saiz,bentuk dan warna buah.terdapat pelbagai jenis buah yang dikenali dengan nama sintikfiknya prunus ini.namun begitu jenis yang banyak ditanam dan dipasarkan secara komersial adalah plum eropah(prunus domestical)dan plum jepun9prunus salicina).

 

 

Kurangkan Obesiti

 

  • Plum banyak mengandungi vitamin dan mineral.Vitamin yang terdapat dlam plum adalah vitamin A,vitamin C,vitamin B1,vitamin B2,vitamin V3,vitamin K,vitamin E dan juga vitamin B-6.Plum juga mengandungi asid askorbat dan juga asid folat.

 

  • Mineral yang terdapat dalam plum adalah flour,fostor,magnesium,zat besi,kalsium dan juga zink.Buah ini juga tinggi serat,rendah kaloro dan tiak ada lemak tepu.Paling penting plum kaya antioksidan.

 

  • Zat yang terdapat dalam plum baik untuk menjaga kesihatan,Pada dasarnya buah harus dimakan setiap hari sebab ia dikatakan mampu melancarkan pencernaan dan juga menyihatkan usus.Sebatian yang hadir dalam plum seperti serat pemakanan,sorbitol dan isatin dikatakan mampu membantu mengatur fungsi sistem pencernaan dengan baik.ia sekali gus membantu masalah sembelit.

 

  • Makan plum yang kaya serat ini dikatakan bermanfaat dalam proses diet sehingga mampu mengurangkan obesiti.Obesiti mampu menyebabkan pelbagai komplikasi.Zat bioaktif yang terdapat dalam plum dikatakan  membantu tubuh daripda diserang sindrom mentabolik.Sindrom mentabolik adalah nama untuk sekumpulan faktor risiko yang meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit jantung dan juga beberapa masalah kesihatan.

 

 

Turunkan Kadar Glukosa

  • Pengambilan plum dikatakan bermanfaat untuk mereka yang mengalami diabetes.Ini kerana plum akan memberikan kesan berupa antihiperglisemia.Buah ini juga bermanfaat menurunkan kadar glukosa dan meningkatkan trigliserid di dalam tubuh.Zat flavanoid didalam plum bermanfaat memberikan perlindungan terhadap kadar insulin dan meningkatkan kesensitifian insulin yang ada dalam tubuh.

 

  • Dikatakan kandungan lektin yang terdapat dalam plum mampu bermanfaat umtuk mengurang dan merawat jangkitan yang diakibatkan oleh virus influenza.Manakala kandungan asid anziolik(kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunkan untuk merawat gangguan keresahan umum,insomnia dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama).asid klorogenik dan antioksidannya membantu menghilangkan kemurungan.

 

  • Plum dikatakan banyak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu hamil selama kehamilan meraka.Sebatian didalam plum dikatakan bermanfaat untuk kesihatan mata,perkembangan tulang janin dan juga pembentukan sel janin.Apabila menganbil plum sebaiknya tidak menggunakan gula.gula boleh menyebabkan kadar gula ibu hamil naik dan menyebabkan bayi menjadi besar dalam kandungan.

 

  • Sebiji buah bersaiz sederhana mengandungi lebih kurang 113 miligram kalium,sejenis mineral yang mampu membantu mengurus tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok.Pigmen biru kemerahan yang terdapat dalam plum yang dikenali sebagai antosianin dikatakan mampu melindungi diri menentang kanser dengan membersihankan radikal bebas yang berbahaya.

 

Agar kesihatan yang lebih baik,mulalah mengambil plum dalam pemakanan seharian anda.Pemilihan makanan sihat mampu memastikan tubuh sentiasa dalam melawan penyakit. 

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top