PUNCA BADAN BERBAU. BERJAGA-JAGA PADA NO 4 !

Anda Rasa Anda Ada Masalah Badan Berbau?

Dalam artikel ringkas ini, kami dedahkan 6 punca badan berbau yang patut anda ambil berat.

1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi . Mandi pula sekali sehari sahaja

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. ada ke yang buat macam tu .. ?

4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman ( sembelit ) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja terlalu aktif.

Jagalah kesihatan diri dan jagalah kebersihan diri sendiri.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top