RAHSIA NAK DAPATKAN PAYUDARA TERLETAK CANTIK DAN SIHAT

RAHSIA NAK DAPATKAN PAYUDARA TERLETAK CANTIK DAN SIHAT

Diakui jika seseorang wanita itu memiliki payudara yang tegang, montok dan terletak indah mampu meningkatkan rasa kepercayaan dalam diri dan keyakinan yang tinggi bila berhadapan dengan suami tercinta.

Namun begitu, bila usia semakin meningkat dan telah pun beberapa kali melalui proses kelahiran dan menyusukan anak, pasti akan berlaku perubahan-perubahan pada aset wanita tersebut. Jika tidak dijaga, akan menyebabkan payudara terlihat tidak menarik lagi.

7 Petua Penjagaan Payudara

#1: Banyakkan berenang kerana aktiviti ini akan dapat melatih otot sekitar payudara.

#2: Urutan menggunakan minyak atau krim. Lakukan 10 minit setiap hari.

#3: Tekap payudara dengan daun sirih yang dilayur. Apabila daun sirih tersebut sejuk, ganti dengan yang baru. Lakukan berulang kali sehingga 5-6 helai sirih. Lakukan seminggu sekali atau jika ada banyak masa boleh lakukan setiap hari.

#4: Lakukan senaman tangan, buatlah apa jua senaman yang akan menggerakkan bahagian bahu, lengan dan dada. Buat regangan dan pergerakan yang melibatkan bahagian atas, sekerap mungkin.

#5: Amalkan pengambilan jamu atau suplemen tambahan.

#6: Pakai pakaian dalam yang menyokong payu dara supaya sentiasa terletak kemas.

#7: Duduk dalam posisi yang betul setiap masa supaya badan sentiasa menyokong bentuk payudara dan mempengaruhi bentuk dan saiz.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top