Ramai Tak Tahu Jaga Buah Pinggang Sendiri Dengan Betul, Lihat No 2, Pasti Anda Akan Terkejut Membacanya!

Assalamualaikum,sakit buah pinggang bukanlah perkara yang remeh,yang boleh dipandang ringan. Jika pesakit buah pinggang melanggar pantang-larang ini, silap-silap boleh mengundang maut.Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.Jom kita sama-sama tengok pantang-larang pesakit buah pinggang, semoga ia dapat membantu kita dalam memahami keperluan dalam menjaga kesihatan mereka. 🙂

 

1. Minum Air Kosong Dengan Banyak

 

  • Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.

 

  • Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

 

2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam

  • Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

3. Banyakkan Minum Jus Epal

 

  • Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

 

4. Makan Buah Tembikai

 

  • Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang.
    Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

 

5. Masukkan Ikan Dalam Menu Harian

 

  • Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin.
    Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

 

 

6. Elak Merokok

 

  • Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak.Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

 

7. Jalani Hidup Yang Aktif

 

  • Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

 

Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal

Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.

 

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” kata Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top