SARAPAN JANGAN DITINGGALKAN..YANG UTAMA NO 2

Pengambilan sarapan amat penting sebelum kita memulakan aktiviti harian kita bahkan lebih penting daripada makan tengah hari . Antara kebaikan sarapan pagi :

1. Sebagai diet pemakanan yang baik

Menu sihat dalam sarapan membantu meningkatkan metabolisme badan . Bermula dengan sarapan juga menjadikan pemakanan seharian lebih teratur .

2. Sumber Tenaga

Sarapan pagi amat penting dalam memberi sumber tenaga untuk anda memulakan aktiviti seharian .

3. Penyerapan Nutrien Lebih Berkesan

Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik .

4. Kesihatan Jantung

Mereka yang skip sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat masalah kolestrol . Masalah kolestrol dalam darah merupakan salah satu risiko besar untuk mendapat masalah jantung . Fiber dalam sarapan seperti roti & oat penting dalam mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

Jangan SKIP Sarapan Pagi ya..

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top