Sebab-sebab kehilangan MH370-Konpirasi Atau Realiti

Demi memastikan ekonomi sesebuah negara dijajah, Amerika Syarikat sanggup memperuntukan kewangan yang besar untuk mencapainya

 

Pencarian MH370 masih diteruskan oleh Kerajaan dengan pelbagai bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa. Hari ini genaplah tempoh 48 hari kehilangan pesawat tanpa meninggalkan noktah akhir. Sebaliknya ia mengundang 1001 persepsi berbentuk spekulasi atau fiksyen semata-mata.

 

Artikal ini sekadar merumuskan APAKAH kemungkinan-kemungkinan atau kesan-kesan yang dihadapi oleh Malaysia dan Negara-Negara yang berkepentingan dalam tragedi ini. Rumusan ini jika disusun-atur banyak mengundang persoalan berbandingan jawapan yang ditemui. Oleh itu, marilah kita mengkaji fakta-fakta dan cerita-cerita yang dapat dikaitkan dengan terdapatnyaAGENDA SULIT Negara-Negara yang berkepentingan untuk menuai hasil daripada GRAND DESIGN MH370.

 

Kedaulatan dan keharmonian Malaysia akan terancam. Ini disebabkan oleh pelbagai isu dan masalah telah dihadapi oleh Malaysia tanpa diduga di mana ia seolah-olah seperti dilanda bencana secara berperingkat-peringkat. Jika disenaraikan sebab-musabab berlakunya peristiwa ini amatlah mengelirukan semua pihak. Apatah lagi ianya seolah-olah menjurus kepada TANGAN GHAIByang menjadi dalang ke atas tragedi ini.

 

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

 

Obama amat mengharapkan penglibatan aktif Malaysia dalam merealisasikan agenda pengkongsian ekonomi di kawasan Asia Pasifik yang merangkumi 12 negara. Jika diamati keanggotaan TPPA meliputi 5 negara Asia(Vietnam, Singapura, Malaysia, Jepun, Brunei) 2 negara Asia Pasifik (Australia, New Zealand), 3 negara Amerika Selatan (Mexico, Peru, Chile) dan Canada serta Amerika Syarikat selaku pencadang TPPA.

 

Senario ini menggambarkan betapa strategiknya negara-negara di Asia Tenggara sebagai INJIN EKONOMI kepada TPPA terutamanya Malaysia. Ini kerana kedudukannya yang strategik di pertenggahan laluan laut perdagangan di antara India dan China.

Ekoran daripada hasil perbincangan terkini berkaitan kandungan TPPA di peringkat Menteri-Menteri Perdagangan pada penghujung tahun 2013 telah merumuskan tujuh (7) perkara yang tidak dipersetujui oleh Malaysia seperti berikut :

 

Pertama – Akses Pasaran : Terdapat banyak jurang perbezaan pendapat berkaitan rundingan untuk menurunkan tarif ke atas barang-barang tertentu termasuklah hasil keluaran pertanian.

 

Kedua – Perolehan Kerajaan : Ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Malaysia. Ini kerana, TPPA akan memberikan peluang yang luas kepada syarikat-syarikat besar dari luar negara untuk bersaing dalam memperolehi kontrak dan pembelian aset samada ianya dikeluarkan melalui Tender Agensi Kerajaan atau Swasta.

 

Ketiga – SOE : State Owned Enterprised merupakan syarikat-syarikat yang melibatkan Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Ia juga dikenali sebagai GLC (Government Link Company) yang ditubuhkan dalam melaksanakan projek-projek dan aktiviti perniagaan yang berteraskan ekonomi seperti Sime Darby, Proton, Felda, MAS, Maybank, TNB dan lain-lain syarikat koporat.

 

Keempat – Isu Alam Sekitar : Tekanan diberikan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia melalui kempen pembalakan dan pembersihan hutan bagi tujuan pembangunan.

 

Kelima – Buruh : Tenaga buruh yang diperlukan oleh negara meliputi pendatang tanpa izin (PATI) dan lambakan tenaga buruh secara haram melalui aktiviti pemerdagangan manusia.

 

Keenam – Hak Harta Intelek : Tumpuan khusus diberikan kepada hak harta intelek yang merujuk kepada “pattern” atau IPO yang akan dipanjangkan tempoh royalti dari 50 tahun kepada 100 tahun kepada pemiliknya.

Ketujuh – Pelaburan : Timbulnya pertikaian tentang pelaburan yang melibatkan “Investor Stake” terhadap kaedah mekanisma yang akan digunapakai di dalam TPPA.

 

Hanya satu perkara sahaja yang dipersetujui oleh semua ahli TPPA tanpa sebarang pertikaian. Ia adalah berkaitanINDUSTRI HALAL dan kaedah pensijilan halal ke atas produk yang dikeluarkan oleh Malaysia. Sedangkan pada masa yang sama terdapat tujuh (7) perkara pokok yang masih dipertimbangkan oleh Malaysia demikedaulatan dan ‘survival’ ekonomi negara. Keadaan ini amat membimbangkan jika kerajaan Malaysia bersetuju untuk menandatanggani TPPA tanpa memastikan tujuh perkara ini dipertahankan.

 

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2)

KLIA2 merupakan hub penerbangan tambang murah yang terbesar di Asia Tenggara

Pembinaan KLIA2 merupakan langkah strategik Malaysia untuk menerajui sektor penerbangan di rantau Asia Tenggara pada masa hadapan. Pembukaan KLIA2 secara rasmi pada 1 Mei 2014 akan melonjakkan lagi industri aero-angkasa di Malaysia di mana ia sekaligus akan menjadi HUB BARU kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk beroperasi secara serius.

 

Kewujudan KLIA2 ini sedikit sebanyak telah menyebabkan berlakunya penghijrahan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah seperti Airasia, Malindo, Firefly, Indigo, Tiger dan Cebu Airlines secara total. Ia menyebabkan berlakunya sedikit penurunan permintaan domestik dan antarabangsa kepada bilangan kapal terbang yang beroperasi  di Thailand, Singapura dan Filipina.

 

Malaysia Airlines (MAS)

 

MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan yang diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan yang terbaik dari aspek teknikal dan penyelenggaraan pesawat, pengembangan sumber manusia terlatih dalam pengendalian pesawat dan kualiti perkhidmatan kabin kru terbaik dalam segmen antarabangsa.

 

Namun, keadaan ini amat merisaukan kerajaan tentang jangka hayat dan ‘survival’ MAS menuju wawasan 2020. Dikhabarkan nilai sahan MAS kini berlegar di sekitar 20 hingga 25 sen sesaham. Jika iannya berterusan, maka tidak hairanlah jika terdapat usaha-usaha terancang untuk mempercepatkan kebankapan MAS oleh tangan-tangan ghaib.

 

MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan terbaikdari aspek perkhidmatan dan pengendalian pesawat di dunia

 

Apa tidaknya, jika dihitung secara kasar jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh MAS, dianggarkan  ianya berjumlah RM119.5 juta yang meliputi 239 penumpang dari 14 negara yang berbeza. Ini tidak termasuk lagi kos atau denda yang akan dikenakan oleh FIA, jika didapati MAS telah melakukan kecuaian ke atas penyelenggaraan pesawat tersebut. Keadaan kewangan MAS yang tidak menentu akan menyebabkan berlakunya penyusutan tabung syarikat secara drastik.

 

Tidak mustahil, terdapat usaha-usaha terancang sedang dimainkan oleh proksi tertentu yang cuba memaksa MAS untuk bergabung dengan syarikat penerbangan Barat-Zionis yang berselindung di sebalik jenama Islam. Di antaranya ialah syarikat penerbangan Arab-Islam yang telah di’Barat-Zionis’kan seperti syarikat penerbangan Emirate, Qatar dan Etihad Airlines.

 

 

Penguasaan Selat Melaka

 

Merujuk kepada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007 bertajuk“Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka”, di mana beliau mengutarakan faktor-faktor yang membuktikan MINAT Amerika untuk bertapak di Malaysia seperti berikut:

 

Laluan perkapalan dan perdagangan adalah sibuk di Selat Melaka menjadikan Malaysia sebagai penjaga kepadaLaluan Perdagangan di antara timur dan barat

 

Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC)untuk MEMAKSA Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluankehadiran tentera AS di Selat Melaka.

 

Usaha memujuk Washington tidak terhenti di situ, cadangan ini diutarakan sekali lagi menggunakanInisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.Pada tahun 2003 Washington memperkenalkanInisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI)sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka. 

 

Bantahan kerasKuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington memBATALkan program tersebut dan diganti dengan PSI.Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekadENGGAN menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan danmaruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.

 

Penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Subic Bay dan Clark Air Base, Filipina pada 1991 menyebabkan Amerika Syarikat sedang menilai kesesuaian tanah untuk dimajukan sebagai pengganti kepada pengkalan tentera yang lebih strategik. Secara dasarnya, Amerika Syarikat amat menginginkan Port Dickson atau Lumut di Selat Melaka dan Sandakan di Sabah untuk dijadikan pusat pentadbiran ketenteraan mereka.

 

Jadi tidak hairanlah pada PRU13 yang lalu, terdapat janji manis daripada PR untuk memberikan lokasi tersebut sebagai jaminan ‘survival’ politik mereka.

 

Kesimpulan

 

Kedatangan Obama telah menimbulkan pelbagai spekulasi liar tentang penglibatan Amerika Syarikat di dalam kehilangan MH370. Penafian demi penafian telah dizahirkan oleh mereka. Namun begitu, ia tidak mampu menghilangkan persepsi negatif terhadap mereka.

 

Ringkasan yang boleh disimpulkan berkaitan peristiwa ini  ialah AMERIKA SYARIKAT MAMPU MELAKUKANYA, tanpa teknologi, rakan subahat dari negara jiran dan peruntukan kewangan, sudah tentulah operasi ini akan gagal. Apa yang PASTI, Malaysia akan dijadikan kambing hitam untuk mencapai GRAND DESIGN yang diatur oleh kuasa luar.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top