SEKARANG ADA ISU BIN ATAU BINTI ABDULLAH

 

Masyarakat kita walaupun bukan semua memang jakun kalau tengok anak tak sah taraf. Tetiba dia rasa dia bagus sgt sebab dia anak sah taraf.

Masyarakat selalu rasa anak tah saraf ni pendosa dan akan berperangai macam makbapak dia nanti. Eh! Bukan ke ramai yang lahirkan anak tak sah taraf ni adalah anak sah taraf?

Sebab itulah jadi leceh budak2 yg ada bin/binti Abdullah. Sebab masyarakat. Ada makbapak yg tak bg anaknya kawan dengan anak yg tak sah taraf ni.

Saya biasa lihat anak2 ni diejek. Pengejeknya terdiri dpd budak2 yg telah diajar oleh makbapak masing2. Padahal pengejek ni tak paham pun apa maksud tak sah taraf. Yg diejek pun malu besar tanpa memahami isu sebenar.

Begitulah buruknya masyarakat. Bukan semua tapi ada golongan masyarakat yg begini. Seolah2 anak sah taraf masuk syurga semuanya.

Saya sendiri pernah berdepan dgn keadaan yg saya tak sangka akan berlaku. Pada ketika itu saya adalah wargakerja kerajaan. Saya menghadiri kursus.

Saya biasa menulis nama Normaliza Mahadi tanpa menulis bin/binti. Saya ditegur oleh urusetia lelaki yang nampak macam beriman tapi rupanya tidak.

 

 

Katanya “Puan, lain kali tulis nama ada binti”. Saya kehairan bertanya, kenapa ya?

Jawapannya mengejutkan. Biasanya anak tak sah taraf akan tulis nama tanpa bin/binti.

Darah saya naik ke telinga bukan kerana saya anak tak sah taraf tetapi kerana stigma bingainya.

Saya lantas menjawap “Memang saya anak tak sah taraf”. Dia melopong dan terdiam. Kursus 3 hari. Setiap kali bertembung dgn saya dia akan mengelak diri. Saya memilih untuk memandangnya tepat di mata.

Saya puas sebab saya tahu dia insaf. Bayangkan jika apa diperkatakannya benar. Malulah anak tak sah taraf itu di sepanjang 3 hari.

Dan saya akur dengan mana2 fatwa. Yang sepatutnya diubah bukan fatwa tetapi pemikiran masyarakat. Saya yakin dengan fatwa. Saya juga yakin tanpa berbelah bagi yang Allah itu Maha Adil. Period.

Sama ada sah taraf atau tidak keduanya ada peluang memasuki syurga daripada pintu mana yang mereka sukai.

Berhenti menghukum.
Berhenti menghina
Mulalah menerima!

Mereka juga anak2 kita.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top