Selalu Tak Alami Masalah Taik Cicak Dekat Tepi Tepi Tingkap Rumah?

Rumah atau tempat yang jarang dikediami memang akan banyak tahi cicak merata-rata.Susah jugak hendak membersihkannya.Admin ada cara mudah untuk menghilangkanya.

 

Dekat rumah ini sebab tak duduk sangat jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum duduk mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.

 

Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang tiada sangat sudah taik cicak dekat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.

 

 

  • 1/3 cuka makan    
  •  1/3 air     
  • 1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)

 

Spray di kawasan tersebut. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.

 

Jangan kau spray kat mulut laser si jemah tu sudah. Kakak tak tanggung akibatnya!

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top