Si Kecil Sihat Dan Cergas, Cuba 5 Aktiviti Luar Rumah

Ada banyak cara pembelajaran untuk kanak-kanak yang boleh anda lakukan.Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokan juga mampu merangsang fizikal dan mental untuk membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas.Elok benar dilakukan ketika musim cuti persekolahan yang masih lagi berbaki.Boleh jadi bekalan untuk mereka sebelum memulakan sesi persekolahan baru tidak lama lagi.

 

1) Jom ke taman permainan!

Berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bermain buai, gelongsor, jongkang jongket dan banyak lagi (bergantung pada tempat playground berhampiran anda).

 

 

Biarkan si manja anda bebas bermain di sekitar taman permainan untuk menguatkan otot dan tubuhnya. Di situ juga tempat mereka boleh belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru dikenali juga.

 

Namun pastikan anak-anak tetap dalam kawalan anda pastinya – jika perlu HANDS OFF dari GAJET ye time ni mak ayah yang sebaiknya, pantau saat mereka bermain tau! Jangan terleka saat anak bergembira.

 

2)Cintai alam sekitar

 

Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah,anda boleh mengajar dan anak-anak boleh belajar untuk mengenali pelbagai pokok yang ada.Ajar anak sentuh dan hidu bau pokok,bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah.Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari9pagi lebih selamat)dan hembusan bayu yang pasti memberikan dia pengalaman baru.

 

 

Kurangkan aktiviti luar begini jika keadaan semasa atau cuaca tidak bersesuaian contohnya seperti waktu jerebu.

 

3) Berenang

Akiviti berenang adalah aktiviti fizikal yang tentunya disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini memberi peluang untuk bermain dengan air dan memberikan manfaat pada anak-anak.

 

 

Ia banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.

 

Jika anak masih belum pandai berenang, anda boleh mula menghantarnya ke kelas renang berdekatan.

 

4)Yeayy….Adik boleh main pasir

 

Sesekali biarkan anak nermain pasir di tepi pantai.Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan,kemahiran mata dan tangan.Aktivit membina istana pasir akan menggalkan si manja berimaginasi dan merekacipta.

 

Malah ia mampu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.

 

5) Berkebun

Libatkan anak anda berkebun di laman rumah. Si manja anda akan belajar bertanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semulajadi, minat sains dan peka kepada alam semulajadi.

 

Melalui berkebun akan mengajarnya erti tanggungjawab kerana perlu menjaga pokok-pokok (menyiram dan membaja).Mereka akan memahami sebab-akibat seperti pokok akan mati apabila tidak disiram.

 

 

Malah ia juga meningkatkan keyakinan diri apabila pokok yang ditanam mulai tumbuh dan mengeluarkan hasil (jika pokok berbuah/berbunga) di samping menambah pengetahuan mereka tentang pokok sekaligus melakukan aktiviti mencergaskan fizikal mereka.

 

6) Bermain bola

Aktiviti lasak yang pasti mengeluarkan peluh ialah bermain bola. Anda boleh membaling biji bola kecil kepada anak dan suruh dia menyambutnya dan memasukkan di dalam bakul/kotak.

 

 

Permainan ini akan melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata-tangan anak anda disamping menambahkan daya intelek menerusi pemahaman peraturan permainan.

 

So dalam banyak-banyak aktiviti yang tersenarai di atas yang mana belum anda cuba bersama anak-anak? Cubalah satu dua perkara berikut dan lihat kegembiraan yang terserlah pada anak-anak.Bermain adalah dunia yang sangat sinonim dengan kanak-kanak kerana menerusi aktiviti beginilah akan mendedahkan mereka dengan pelbagai perkara baru.

 

Belajar tidak semestinya hanya terperuk dirumah membaca buku, bermain gajet dan menonton televisyen sahaja. Malah cara begini kurang sihat untuk diamalkan setiap hari dengan perkara sama yang boleh menimbulkan kebosanan di kalangan anak-anak dan menjejaskan daya kreativiti dan imaginasi mereka.

 

 

Banyak lagi aktiviti yang boleh dicuba untuk diselaraskan dengan perkembangan usia anak-anak. Yang penting kita cuba luangkan masa untuk mereka.

 

Selamat merangsang mental dan fizikal anak-anak ye ibu bapa sekalian!

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top