Sikap Wanita Lelaki Perlu Tahu… No 8 Boleh Jadi Sehebat DETECTIVE CONAN

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

 

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

 

 

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.Bagi lelaki, wanita ni boleh dikatakan sangat complicated. Itu tak kena, ini tak kena. Sampai susah nak baca apa yang ada difikiran mereka.

 

Tapi, lelaki perlu tahu bahawa wanita dilahirkan sebagai insan yang penuh dengan emosi.So, anda sebagai lelaki merasakan wanita ni sebenarnya sukar untuk difahami, anda silap! Korang perlu tahu 8 perkara ini barulah hubungan dengan pasangan tiada masalah!

 

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

 

1. WANITA SANGAT SUKAKAN PUJIAN

 

 

  • Ini memang sifat semulajadi wanita. Mereka sangat gemarkan pujian lebih-lebih dari orang yang mereka suka atau sayang.

 

2. WANITA ADALAH MAKHLUK PALING SENSITIF BILA DATANG BULAN

 

  • Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni deorang boleh bertukar jadi singa jadian tau

 

3. JANGAN LUPA TARIKH LAHIR MEREKA ATAU HARI ISTIMEWA

 

  • Wanita sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai.

 

4. WANITA AKAN INGAT WALAUPUN PERKARA KECIL

 

  • Sebab tu kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.

 

 

5. SIBUK MANA PUN, LUANGKAN MASA UNTUK MEREKA

 

  • Wanita ni sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.

 

6. BILA WANITA SUDAH ANGKAT KAKI, TIADA LAGI PELUANG KEDUA

 

  • Ini antara kekuatan seorang wanita. Jika mereka sudah meninggalkan lelaki tersebut, takkan ada lagi peluang kedua. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.

 

7. PEREMPUAN MEMANG SUKA MAKAN

 

  • Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk! Mula la rasa tak konfiden dan merasakan anda sudah tidak sukakan mereka.

 

 

8. BILA WANITA CEMBURU, MEREKA BOLEH JADI SEHEBAT DETECTIVE CONAN

 

  • Ini antara kelebihan wanita. Mereka boleh jadi penyiasat secara senyap tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.

 

Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?Selamat mencuba tips-tips diatas..

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top