Tersentap Saya Bila Terbaca Nasihat Daripada Guru Saya “Bermulanya Kerosakan Adab Seseorang Pelajar Bila Gurunya Lebih Menjaga Hati Pelajar Daripada Pelajar Menjaga Hati Gurunya.. “

Tersentap Saya Bila Terbaca Nasihat Daripada Guru Saya “Bermulanya Kerosakan Adab Seseorang Pelajar Bila Gurunya Lebih Menjaga Hati Pelajar Daripada Pelajar Menjaga Hati Gurunya.. “

 

Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tak jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yang cerita dengan saya lepas ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu..

 

Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam-macam lagi.. Kadang-kadang kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak-anak.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak-anak berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak-anak pelajar saya…

 

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap tak selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak-anak.. Saya selalu bagitau pelajar-pelajar dalam ceramah.. “Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapat keberkatan daripada guru..

 

Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak-anak dapat “lesen besar” daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun tidak boleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yang akan hormat pada guru..

 

Saya kerap di panggil oleh sekolah-sekolah terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab “sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah tidak tau nak buat apa..” Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia tak nak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia tidak solat..

 

 

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak?

 

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kerosakan adab..

 

YaAllah ampunilah kami..
Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.. Kita serah bulat-bulat pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya..

 

Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru..

 

YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru-guru anak-anak kami.. Aamiin

 

Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dengan anak.

Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.