TINGGALKANLAH IMAN DAN ILMU UNTUK ANAK-ANAK, KITA AKAN BANYAK MANFAATNYA

 

Ramai orang takut nak serahkan hartanya kepada anak-anak semasa mereka masih hidup. Sebabnya bimbang bila dapat harta, anak-anak akan habiskan harta tersebut dan mereka akan dihalau sehelai sepinggang oleh anak-anak.

 

Memanglah. Kalau anda tinggalkan harta semata-mata pada anak-anak, bukan setakat harta yang anda serahkan je mereka akan habiskan, harta yang anda tak serahkan pun mereka akan sapu sekali.

 

 

Sebaiknya tinggalkanlah iman dan ilmu untuk anak-anak anda. Bukan setakat harta anda yang sediaada mereka akan jaga, harta yang tidak adapun mereka akan dapatkan juga.

 

Tak kisah lah nak serahkan harta semasa hidup atau selepas meninggal dunia. Dua-dua tiada bezanya. Sebab harta dunia tetap akan ditinggalkan juga dan akan dapat kepada orang lain juga walau sayang mana sekalipun kita dengan harta tersebut.

 

Tetapi harta sebenar yang akan kekal untuk kita adalah pahala amalan kita, sedekah kita, ilmu yang bermanfaat yang kita cari dan sebarkan serta ANAK SOLEH yang kita miliki.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top