TIPS TIPS BERKESAN UNTUK MISS V KEKAL SIHAT & BERSIH, ASET WANITA YANG PALING BERHARGA

 

Sering kali wanita mengabaikan kesihatan dan kebersihan Miss V mereka mungkin kerana ia terlindung. Banyak tips membersihkan Miss V secara alami dan dapat dilakukan sendiri dirumah.

 

Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga kebersihan Miss V agar sentiasa terhindar dari bakteria dan kuman.

 

1. Ketika membasuh Miss V, pastikan cara membilas adalah dari arah depan (Miss V) ke belakang (dubur). Ia adalah untuk menghindari bakteria/ kuman dari dubur ke Miss V. Gunakan air bersih jernih untuk membasuh, anda juga boleh menggunakan air suam untuk membasuh ditempat sulit itu.

 

2. Pastikan Miss V sentiasa kering setelah selesai membuang air kecil/ buang air besar. Keringkan terlebih dahulu Miss V anda sebelum anda memakai seluar dalam. Ini kerana jika Miss V lembab, bakteria/ kuman akan mudah tumbuh dan membiak.

 

3. Menukar seluar dalam minimum 2-3 kali sehari. Seluar dalam yang basah/lembab memberi peluang pembiakan kulat.

 

4. Memakai seluar dalam yang tidak terlalu ketat, agar udara disekitar Miss V anda bergerak dengan baik dan Miss V tidak terasa panas dan berpeluh. Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas yang mampu menyerap peluh dengan baik.

 

5. Ketika anda sedang datang bulan, sentiasa menukar tuala wanita setiap 4 jam sekali. Ini kerana selama darah kotor mengalir keluar akan menjadikan Miss V sebagai tempat pembiakan bakteria.

 

6. Jangan menggunakan bedak pada Miss V walaupun tujuan untuk membuat Miss V anda berbau wangi. Bedak memiliki molekul yang lebih halus dan cepat diserap oleh cairan yang keluar dari tubuh. Bedak akan menempel pada dinding Miss V dan vulva yang dapat menyebabkan kuman mudah hinggap.

 

 

7. Gunakan panty liner ketika mengalami keputihan. Hal ini bertujuan agar keputihan yang anda alami tidak meninggalkan kesan pada seluar dalam dan menjadikan seluar dalam anda lembab.

 

8. Jika anda selesai melakukan hubungan seksual, segeralah mencuci bahagian luar Miss V sehingga bersih. Ini bagi mengelakkan kekotoran dari luar melekat di Miss V.

 

9. Perbanyakkan meminum air putih minimum 8 – 10 gelas sehari.

 

10. Cuci Miss V dengan Manja Sireh Medicated Herbal Wash (pencuci Miss V) untuk mendapat kesegaran secara berpanjangan. Secara tidak langsung dapat menghalang dari terkena jangkitan bakteria/ kuman atau masalah keputihan.

 

Para wanita-wanita semua sayangi la Miss V anda,jangan sekali-kali abaikanya.Miss V adalah aset berharga bagi wanita.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top