Tulis surat pada Tuhan! Kisah Menyanyat Hati….

Kali ini admin cerita kisah seorang budak yang datang dari keluarga miskin,ikuti kisah nya….

 

Si Zul berusia 9 tahun. Keluarganya miskin. Dia perlu RM300 untuk beli seragam sekolah. Suatu hari si Zul ambil keputusan mengirim poskad sama Tuhan minta diberikan RM300. Al-maklum, pemikiran anak kecil!

 

 

Para posmen di post-office kesian sama si Zul apabila terbaca poskadnya, lalu mereka kemukakan poskad itu kepada ketua kampung tempat si Zul tinggal. Ketua kampung pun merasa kesian sama si Zul, lalu memutuskan dia sendiri akan menderma dan mengirim RM200 kepada si Zul. Ketua kampung sengaja menulisnya sebagai ‘pemberian dari Tuhan’.

 

Gembira betul si Zul mendapat kiriman RM200 itu. Oleh kerana si Zul fikir itu betul-betul pemberian direct dari Tuhan, dia pun menulis surat lagi untuk mengucapkan terima kasih sama Tuhan. Berikut bunyi surat si Zul:

 

“Ya Tuhan .. terima kasih atas kiriman wang yang sudah saya terima. Cuma .. lain kali jangan dikirim melalui ketua kampung. Sudah dia ngap RM100! Biasaaaa dia itu!” Ketua Kampung tak terkata,dalam sedih ada kelakarnya..

 

Moral Of Story:Sama-sama lah kita saling membantu antara satu sama lain,jangan biarkan yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya…orang yang berkemapuan rajin-rajin lah bersedekah kerana Allah sudah janji bersedekah tidaklah akan jatuh miskin malah Allah akan tambah lagi lagi lagi dan lagi…..

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top