Ubati Ketika Rasa Kebosanan Dalam Rumah Tangga

Ada kalanya seorang isteri jemu menghadapi rutin harian yang berterusan,apatah lagi dia seorang suri rumah yang kurang bergaul,tidak sempat bercampur dengan masyarakat dan jarang keluar rumah.Tidak dapat dibayangkan hidup seseorang wanita yang bermula sebelum subuh sehingga akhir malam berterusan dengan kerja-kerja rumah.

 

 

Bukan bermaksud untuk menyebelahi para suri rumah dan menafikan jasa isteri berkejaya tetapi cuba untuk menyelami keperitan hidup manusia yang kurang terdedah dengan dunia luar.

 

 

 

Jemu atau bosan akan menjangkiti siapa saja tak kira suami atau isteri,ia suatu penyakit hati yang menyebabkan kerungsingan dan kemalasan menghadapi kenyataan hiidup.Bila isteri bosan,suami akan merasainya begitu juga sebaliknya.ia suatu perasaan yang baik kerana menunjukan mereka masih memilik sinsitiviti terhadap satu sama lain.

 

 

Malangnya jika suami isteri tidak faham dan tak tahu langsung makna muramnya muka atau dengus nafas yang menahan geram atau bahasa tubuh yang merajuk.Mungkin juga buat-buat tak tahu kerana malas nak layan pasangan!

 

Cabaran

 

Cara kita menerima kebosanan pasangan menentukan cepat atau lambatnya proses kesejatian dua jiwa,kesefahaman dan keharmonian.Kebosanan pasangan itu,cabaran yang kuat kerana kita juga menghadapi hal yang sama.Kau bosan,aku apa bezanya,samalah jemunya!Oleh itu jangan mengharapkan pasangan kita boleh mengubat kebosanan jika kita sendir tidak sanggup menjadi ubat apabila dia bosan.bagaimana mengubat hati yang bosan bersama-sama?

 

 

1-bayangkan pasangan kita menjadi sebab Allah lepaskan kita daripada kesusahan di akhirat

 

Bosan melahirkan sikap malas,sudah lah badan letih seharian menguruskan rumah tiba-tiba suami minta tolong urutkan kakinya yang lenguh.Betapa berat dugaanya jika kita sedang tidak ada mood melayan pasangan tetapi Allah uji dengan perkara itu.Bila rasa tidak suka melayan pasangan,cuba memperingatkan diri sendiri dengan nasihat rasulluah s.a.w ini:”sesiapa yang melepaskan seseorang muslim dari kesusahan-kesusahan dunia nescaya Allah akan melepaskanya dari kesusahan hari kiamat.Dan sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang susah nescaya Allah memberi kemudahan kepadanya didunia dan di akhirat.”

 

siapakah orang yang paling banyak kita berkhimad untuknya,yang paling memerlukan pertolongan kita?Pasangan kita asbab Allah memberi rahmat kepada kita.Pasangan kita yang selalu meminta itu dan ini,meyuruh begitu dan begini,mengarahkan sekaligus menyusahkan itulah menjadi sebab Allah akan mudahkan hidup kita di dunia dan akhirat.

 

Oleh itu,suami mesti membayangkan isterinya sebagai sebab Allah menolongnya.Begitu juga isteri,mesti selalu membayangkan suami menjadi sebab Allah melepaskan kesusahannya di akhirat.Nescaya tiada lagi rasa bosan melayan pasangan,jemu berkhimat untuk keluarga,malas menjaga dan mendidik anak-anak jika kita memahami besarnya pulangan yang Allah berikan.

 

 

2-Bayangkan pasangan kita menjadi sebab Allah memandang kita dengan pandangan yang sempurna

 

Amat memalukan bila anda dirumah berlainan dengan anda yang berada diluar rumah.Jika dirumah kasar lagi bengis terhadap isteri tetapi diluar rumah pula manis mulutnya dengan sesiapa sahaja.Isteri pula bila di rumah bagai harimau lapar yang suka memangsakan anak-anak dan suami dengan kemarahan dan kebenciannya tetapi diluar rumah bukan main pemalu dan lembut tutur kata kepada orang lain.Janganlah menggagap diri normal bila gian melepaskan tekanan pada ahli keluarga,ia penyakit jiwa!

 

Bagaimana mungkin kita lupa bahawa akhlak terbaik itu bermula dari rumah kita?Tidaklah bermanfaat sanjungan manusia yang memuji kita hebat,baik hati,mulia jasa dan pemurah jika dengan ahli keluarga amat bertolak belakang layanannya.Bukannya akhlak kepada keluarga itu yang menyebabkan Allah memandang kita sebagai insan sempurna iman sebagaimana sabda rasulluah s.a.w :”Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya dan orang yang terbaik dari kalian adalah yang paling baik bagi keluarganya.”

 

 

3-Bayangkan rumah tangga adalah tempat yang paling banyak kita menuai pahala dan membersihkan dosa

 

Kenapa bosan menhabiskan riwayat anda di rumah wahai isteri?Bukankah Allah berfirman:”Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah mu dan janganlah kamu berhiasa dan bertingkah laku seperti orang jahiliah dan dirikanlah solat,tunaikan zakat dan taati Allah dan Rasulnya,sesungguhnya Allah bermaksud hendak menhapuskan dosa-dosa kamu wahai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya dan ingatlah apa yang dibacakan dirumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah(hadis-hadis rasul).Sungguh Allah maha lembut lagi maha mengetahui.(surah Al-hzab ayat :33-34)

 

kebosanan apa lagi yang meliputimu wahai isteri,yang menyebabkan kemalasan dan kesedihan menghadapi cabaran rumah tangga?Bukankah jika kamu berdampingan dengan Allah tiada tempat lagi untuk bosan dan jemu dalam hatimu.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top