Ujian Cinta Ketika sakit Rumah Tangga, Tips Bercinta ketika sakit

“syg abang harap perkahwinan ini kekal bahagia sampai ke syurga.”syg pun harap begitu juga abang.Hanya maut dapat pisahkan kita.”

 

Seringkali kita mendengar dialog diatas didalam drama ataupun novel-novel cinta malaha dianngap seperti fantasi dan tiada logiga.Hakikatnya ia biasa terjadi kerana ujian dalam rumah tangga tidak semuanya sama.

 

Cuba undur kembali melihat betapa meriahnya majlis perkahwinan kita dahulu.tumbang juga la 2 ekor lembu.Saat jemari menggengam erat tangan tok kadi,pasti timbul satu azam didalam hati untuk menjadi seorang “nahkoda”yang hebat dan Berjaya.Sebab itulah kalua dilihat majority pengantin lelaki gagap tatkala lafaz akad diucap.Bukan takut tetapi gugup.Bimbang andai tanggungjawab yang diamanahkan tiak mampu dilaksanakan dengan baik.

 

Jelas disitu,suami menyimpan satu niat yang baik.Sebab itu kebanyakan perkahwinan yang berada di fasa pertama Berjaya diharung bersama-sama.Tetapi sebagai manusia,kita tidak mampu lari dari ketentuanNya.Mungkin Allah SWT ingin mengambil sedikit hakNya iaitu kesihatan jadi apalah yang boleh kita lakukan.Adakah kita akan terus menyalahkan takdir kerana menggangu kebahagiaan yang dikecap.terus mencari dimanakah keadilan hingga kita diduga sebegiu rupa?jangan terlalu emosi kerana ketika inilah Dia sedang menjentik hati kita supaya kembali meminta dari Nya.

 

 

Tips Bercinta ketika sakit

1) Jadilah jururawat peribadinya yang terbaik.

  • Jangan sesekali merungut dengan penyakit yang diderita sebaliknya nyatakan kesanggupan anda sentiasa berada disampingnya sepanjang masa.

2) memanjakan pasangan sepertimana yang diinginkan.

  • Usah sungkirkan dia daripada hidup anda.Pada ketika inilah pasangan benar-benar mengharapkan perhatian dan belaian bagu mengurangkan kesakitan.

3) Sokonglah pasangan dengan kata-kata semangat.

  • Walaupun disedari penyakitnya berada ditahap kritikal tetapi jangan sekali-kali menunjukan eaksi negative kepadanya.Berikan suntikan motivasi agar pasangan terus kuat untuk melawan penyakitnya.

4) Paling penting berdoa la pada yang Maha Kuasa.

  • Jangan malu meminta kepadaNya.Ajaklah pasangan berjemaah walaupun dalam keadaan baring.Ini secara tidak langsung akan memotivasikan dirinya untuk sembuh dan beraktiviti sepertu dahulu.

 

Berhentilah menyalahkan sesiapa.Taksir,orang sekeliling atau masa lampau.ingat sakit itu penhapus dosa dan Allah SWT sebenarnya sedang memberi kita pahala.Alangkah bertuahnya isteru yang bangkit tengah malam apabila mendengar suami mengerang kesakitan.

 

 

Justeru,hentikan kesedihan dan bergembiralah kerana ada sesuatu yang telah dijanjikan buat kita.Memanjakan pasangan seperti dahulu.Jangan sesekali meletakan perbezaan untuk cinta anda.Dia tetap pasangan yang anda nikahi dahulu kini dan selamaya.

 

Berbahagialah dengan apa yang anda peroleh sekarang.ucapkan syukur ke hadrat Ilahi dang paling penting mohon Allah beri kekuataan agar mampu harungi ujian yang diberi.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top