Wanita Yang Baru Bersalin Cara Kempiskan Perut

Kali ini Admin nak bagi tips untuk mengempiskan perut. Pada mereka yang baru bersalin waktu berpantang adalah waktu terbaik untuk mengempiskan perut. Pakai saja bengkung bersalin tu sehingga 44 hari. Juga hanya tanggal waktu nak mandi sahaja. Selepas mandi pakai bengkung semula.

Cara ini lebih berkesan kerana jika kita tidak memakai bengkung, kita mempunyai potensi untuk makan lebih dari yang patut. Ada juga yang memakai bengkung di sebelah pagi tetapi menanggalkannya di waktu petang dan berlarutan sehingga malam. Cara ini kurang berkesan kerana kita tidak bersungguh-sungguh dan sudah tentu kita tidak boleh merungut jika sehabis pantang perut kita masih menggeleber!

Mari kita lihat satu persatu petua yang boleh anda cuba.. SELAMAT MENCUBA!

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Langsing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Langsing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Langsing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Petua -petua di atas juga berkesan walaupun anda bukan dalam tempoh pantang bersalin ye!

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top