WANITA ZAMAN SEKARANG, ADAB SEMAKIN KURANG

” Sayang…. you nak makan apa? ” soal si lelaki.

” I nak makan seafood, I suka sangat…..” balas si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung.

” Sorry sayang.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telur, kicap jer.. Ini jer yang mampu Mak I sediakan untuk you.” Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yang tadi begitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan ….

” Ehh… ini jer ke yang Mak kau masak untuk aku? Alah kalau setakat ni baik tak payah susah-susah nak undang orang datang rumah!! Buat malu jer...” Balas gadis itu penuh sinis. Lelaki muda itu tersentak… Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba_tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh..

” You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dah masak macam-macam dah tu ada kt ruang meja utama tu…Ahahaha…” Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum.

“You ni, suka tau gurau…eee…geramnya..” gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu..”Jom..”

” Ehh..jap. Nak ke mana?” Soal lelaki itu.

” Ehh you ni, nak makan laa, I dah lapar ni…” kata gadis tu.

Lelaki itu tersenyum pahit.

” Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul cakap mak..kalau nak cari isteri carilah yang boleh makan nasi blaukkan telur dan kicap, kaalu makan semua itu tanpa merungut, Inshallah dialah calon yang terbaik yang boleh menerima kita di saat kita jatuh, bukan saja di saat kita senang…” Gadis itu tergaman….lelaki itu tersenyum..

“Maaf…. kau bukan calon isteriku….. Kau bukan gadis yang selayaknya untuk mejadi menantu kepada ibu ku…..kau boleh pergi sekarang……kita putus…” Gadis itu tergaman, gadis itu merayu…..tapi lelaki itu tetap dengan keputusannya.Si Ibu sedang memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dengan kedaan yang penuh 1001 penyesalan….

Moral of the story, nak cari teman hidup, carilah yang boleh menerima kita seadanya.. dalam keadaan susah dan senang, yang paling penting carilah yang boleh menerima dan menghormati ibu mu… Inshallah… bahagialah hidupmu…..

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top