5 PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN JIKA ANDA INGIN MENJADI SEORANG JURURAWAT

Nak Jadi Jururawat? 5 Perkara Ini Anda Perlu Beri Perhatian !

1) Pendapatan yang lumayan dan setimpal

Jika anda berpendapat untuk mendapatkan gaji yang lumayan dan setimpal dengan menjadi seorang jururawat, anda silap ! Ini kerana dengan segala kesusahan dan cabaran di dalam profesion ini, akhirnya anda tetap akan merasakan bayaran gaji itu tidak setimpal.

Namun,jika anda bersabar, yakinlah profesion ini menjanjikan lubuk pahala yang banyak dan lebih kekal dari wang ringgit.

2) Popular ( Ala-ala retis)

Jika anda seorang yang mencari ke’glamour‘an dan nama yang bersinar-sinar seperti bintang bergemerlapan, sekali lagi anda telah silap. Profesion kejururawatan ini penuh dengan adengan unsung hero yang menjadikan anda Adiwira penting dalam menyelamatkan nyawa pesakit tetapi di penghujug cerita, orang lain yang akan dapat nama dan disanjung.

Tetapi awas !

Jika anda melakukan sesuatu kesalahan, bukan setakat anda akan menjadi glamour sekelip mata bahkan anda akan menjadi tumpuan orang sekeliling serta menjadi tetamu orang atasan walaupun sebelum ini mereka tidak tahu pun akan kewujudan anda di dunia ini.

3) Pundi kencing Yang Besar

Benar, seharusnya anda mempunyai pundi kencing yang besar dan mampu menyimpan air kencing yang banyak dan lama. Ini kerana, anda mungkin akan sentiasa berhadapan dengan situasi ketiadaan masa ke tandas berikutan kerja yang banyak dan follow Doctors round Ward yang tidak henti-henti.

Apabila dapat mencuri masa ke tandas sebentar, terasa betapa nikmatnya kencing yang Tuhan anugerahkan ! Penyakit batu karang? Alahaii nasib lah badan.

4) Kerja duduk

Maaf, kerja sebagai jururawat ini bukannya seperti kerja di pejabat. Jururawat yang duduk sering dilabel sebagai curi tulang atau mempunyai waktu terluang yang banyak sedangkan seseorang jururawat itu duduk hanya lah untuk melegakan kaki yang letih dan leguh ke sana dan ke mari membawa pesakit serta memberi rawatan.

Malah, mereka juga lebih selesa menulis report dengan berdiri supaya mudah untuk bergerak apabila dipanggil oleh pesakit.

Namun, ada juga yang bertanya, jika jururawat sering berjalan di dalam ward kenapa masih ramai yang obese dan gemuk. Maaf, setakat ini masih belum mempunyai jawapan nya ….. hihihi

5) Makan dan minum

Ramai yang bertanya bila waktunya jururawat berehat dan makan? Jawapannya sangat mudah, makan, minum dan rehat jika sempat. Kebanyakannya tidak sempat dan ramai yang mengambil pakej makan Breakfast + Launch atau Breakfast + Launch + Balik.

Sebab itu, anda lihat sekali jururawat makan, nasi dan lauk tidak muat pinggan…hihihi. Jadi seorang jururawat ini adalah satu tugas yang mulia. Tanpa jururawat, Doktor pun akan susah. Hanya yang kuat sahaja akan terus bertahan menjadi jururawat.

Jadi, jika ada dalam kalangan saudara anda atau rakan anda yang menjadi jururawat, hormatilah mereka dan janganlah dimarahi mereka tak tentu pasal. 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top