9 TIPS CARA NAK PILIH TEMBIKAI YANG MANIS YANG RAMAI TAK TAHU

9 TIPS CARA NAK PILIH TEMBIKAI YANG MANIS YANG RAMAI TAK TAHU

1. Jika biasanya kita memilih tembikai yang kulitnya nampak cantik. Kalau boleh tiada tompok-tompok. Sebenarnya, lagi banyak tompok-tompok gelap pada kulit tembikai menunjukkan yang buah tersebut memiliki rasa yang manis.

2. Tembikai yang berbentuk bulat dikatakan lebih manis berbanding tembikai yang berbentuk sedikit bujur. Namun jika ingin dibuat jus pilihlah yang bujur kerana ia lebih berair berbanding bulat.

3. Pilih buah tembikai di mana tangkainya telah kering dan kecut. Jika masih segar dan hijau itu bermakna buah dipetik belum betul-betul masak.

4. Tembikai juga mempunyai tompok-tompok kuning. Pilihlah tompok yang berwarna gelap ini kerana dikatakan tembikai tersebut telah lama berada di atas tanah dan semestinya masak sempurna dan manis.

 

5. Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.

6. Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.

7. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri).

8. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.

9. Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.

Semoga ianya memberikan manfaat. Jangan lupa #SHARE pada yang lain.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top