Adik-adik Yang Sambung Belajar Kalau Hendak Jadi Best Student Mudah Sangat

 

Apabila melihat anak sahabat menyambung pelajaran, tergerak hati ingin berkongsi cara mudah nak skor jadi best student. Adik-adik yang sambung belajar kalau nak jadi best student mudah aje. Beberapa tips nak kongsi. Alhamdulilah dengan cara yang ini mendatangkan hasil.

 

1. Tips 1: Bila Kita Belajar, Pertama Jadilah Diri Sendiri. Usah Berpura-Pura.

 

Usah tunjuk kita kaya atau berada jika kita sebenarnya anak orang biasa. Kalau kita kaya sekali pun jangan tunjuk kita kaya. saya adalah batch pertama ambilan yang berkahwin masuk maktab. Ye lah kalau nak dikira dengan elaun kerajaan beri, duit suami beri dan tidak lupa emak dan kakak tersayang beri, saya boleh dikirakan mewah kala itu. Tapi semua itu saya tak tunjuk. Malah jadi penjimat kerana hadirnya seorang kakak senior yang banyak membantu. Kak senior akan masak nasi dan beli lauk di kafe. Lauk itu kami makan berdua dan membawa sampai ke petang. Fikirkan berapa banyak boleh jimat.

 

2. Tips 2: Usah Kisah Jika Tidak Ada Orang Suka Akan Kamu.

 

Saya agak sukar mendapat kawan. Maybe perjalanan hidup yang berliku menjadikan saya terlalu berdikari. Agak sukar untuk berpoya-poya semasa belajar. Saya datang dari keluarga yang susah. Emak dulu ibu tunggal. Kerja menoreh di felda bukit Generasi Belia Aping Timur. Jadi jika orang tidak suka berkawan dengan kita, jangan sesekali melemahkan semangat kita.

 

3. Tips 3: Tidur Masa Yang Betul.

 

Ramai pelajar di maktab dulu, lepas kuliah akan balik bilik dan tidur. Malam baru buat tugasan tapi aku berbeza. Waktu petang orang sedang enak bermimpi aku menyiapkan tugasan. Tepat pukul 10 aku tidur supaya esok pagi aku segar dan bertenaga untuk belajar.

 

4. Tips 4 : Aku Suka Buat Peta Minda. Buat Nota.

 

1 tajuk 1 peta minda. Jadi kalau buku tebal-tebal ada 12 tajuk akan menjadi 12 peta minda. Aku tampal di bilik. Di dinding. Sebelum tidur sambil baring aku baca. Dan paling penting aku potostat bagi dekat org lain. Pelik kan? Tapi itulah rahsia aku berjaya.

 

5. Tips 5: Jangan Kedekut Dengan Tugasan.

 

Ramai dikalangan kita tak nak bantu kawan bila kawan kalut buat tugasan. Tapi beza dengan aku. Tak kisah berapa ramai kata aku bodoh. Membodohkan diri tolong orang tapi aku tahu bila aku ikhlas Allah balas dengan benda lain. Contoh walaupun aku badan besar alhamdulilah aku beri aku kesihatan yang baik. Kalau kawan aku demam atau kalut tugasan tak siap, aku orang pertama yang bantu. Aku suka saat melihat kawan senyum menghantar tugasan. Kadang markah kawan aku lebih tinggi dari aku. Tapi itulah ujian Allah nak bagi dekat aku sama ada aku ikhlas atau tidak. Namun aku pernah sekali merasa hampa bila aku dengan ikhlas membantu kawan yang dulu aku anggap sahabat dalam menyiapkan tesis, bila dah habis belajar, dah konvo menikam aku dengan perit dari belakang. Aku sedang belajar memaafkan.

 

 

Adik-adik yang sedang belajar. Jika melakukan pertemuan atau perbincangan jangan kedekut untuk membayar makan kawan-kawan kita sekali. Sedekah orang kata. Jika membuat tugasan berkumpulan, buatlah lebih dari orang lain. Biasanya kawan-kawan aku hanya buat muka depan, penghargaan, yang lain aku buat. Lagi satu bab bainding aku tak suka sebab aku malas nak jalan ke kedai. So tu tugas kawan aku. Jika ada dikalangan sahabat kita tak menyumbang apa pun dalam tugasan, jangan sekali kita balas degan tidak tulis namanya. Jangan !!!!. Anggap dia ada masalah. Biarlah walau setiap tahun dia begitu. Mungkin orang kata bodohla kita. Tapi kita kena ingat, setiap orang ada kelebihan, kekurangan dan masalah masing-masing. Ikhlas kan hati, nescaya Allah beri lebih lagi.

 

Penting adik-adik korang kena hormat guru, hormat pensyarah. Kalau kena marah ucap maaf, diam jangan melawan. Jika kau guris hati guru, susah kau nak berjaya. Percayalah. Adik-adik dengan apa yang saya amalkan ini menyebabkan saya dapat best student di peringkat diploma pendidikan di maktab besut terengganu. Ingat lagi masa tu sultan mizan yang beri diploma. Tak sempat pusing pentas nama dipanggil lagi. Sampai sultan mizan kata, kesian awak, penat naik turun pentas. Adalah 4 kali naik pentas dapat anugerah. Dapat masuk surat khabar. Ala adik ramai yang kata pointer tinggi pun gaji sama. Betul ! 100% betul diorang kata. Tapi adik bukan itu yang saya kejar. Saya kejar senyuman emak, saya kejar bangga emak. Terpandang saya emak menangis, emak beli surat khabar, gunting , limined surat khabar. Itu yang saya nak. Saya nak mak, suami, mak metua bangga dapat akak dalam keluarga.

 

Sambung ijazah saya buat benda yang sama. Saya bantu kawan-kawan dalam buat tugasan. Saya nak kawan-kawan berjaya sama. Apa Allah balas, saya dapat best student. Dapat duit 500 dari oum. Ala dik memang 500 tu sikit. Tapi senyuman mak saya tu adik. Allah seronok akak tengok. Sambung master pun sama. Akak dapat best award. 3 kali diraikan di utm. Best student. Rahsia. Jangan kedekut dengan kawan. Bukan kita beri mereka copy, kita bantu dari idea, jangan penting diri adik…kita belajar bertoleransi.

 

Memang usia saya sudah 36 tahun. Belum dapat phd. Tapi in sya Allah saya akan belajar. Next year dan saya harap dapat best student lagi.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top