Jagalah Ibubapa, Nescaya Allah Menjagamu

 

Pernah viral dalam media social seorang anak yang menyuapkan makan ibunya ditempat awam tanpa malu dan segan seakan-akan memberi pencerahan pada jiwa kita mengapa peluang sebegitu belum pernah kita lakukan kepada ibu sendiri.Sepatutnya kita membaca akhlak sendiri ketika melihat akhlak orang lain menjaga ibubapa dan mertua mereka!

 

 

Masalah dalaman sesebuah keluarga yang diuji dengan pergiliran menjaga orang tua uzur adakalanya meninggalkan parut dalam hubungan adik-beradik disebabkan tidak sengaja saling gores-mengores,rasa-terasa,tersalah taksir sehingga dendam itu pun diwarisi.Kalau bukan kerana takut kepada Allah ramai yang patah semangat mengambil tanggunjawab ini.Namun disebabkan sentisa teringat dengan ancaman keras terhadap anak yang derhaka membuat kita sentiasa bermuhasabah:

 

“Jika salah seorang dari keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya(sebarang perkataan kasar)Uh…dan jangan la kamu menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepda mereka perkataan yang mulia.”(Surah Al-Isra’ ayat:23)

 

Cabaran-cabaran yang biasa dihadapi anak-anak yang menjaga ibubapa atau mertua adalah:

1) Pergiliran

 

  • Adakalanya ibubapa hanya mahu tinggal dirumah anaknya yang dirasakan lebih “kaya masa” daripada kaya harta bukan keran ibubapa kita pilih kasih tapi ia normal diasai bagi orang yang dahagakan kasih saying dan perhatian.

 

  • Bukan kerana yang kaya tidak baik layanan terhadap ibubapanya bahkan sesetengah keadaan ibubapa suka memuji anak-anaknya yang berduit kerana mereka lebih bermurah hati menolong keluarga.Bukan pula menidakan kasih anak yang kurang harta,biasanya anak yang kaya hati paling disayangi.

 

  • Hanya malang bagi anak yang sudahlah tak kaya harta hatinya pun miskin,tidak beradap pula dengan orang tua.

 

  • Sudahlah tidak mahu menjaga ibubapa tau mertua dengan alasan kerja dipejabat membebankan .Semasa cuti pun tak rasa berdosa pergi melancong,lalu bila lagi hendak menjaga ibubapa?

 

  • Padahal Allah lebih suka seorang hamba menanguhkan jihad semata-mata mahu menjaga ibubapanya,inikan mahu bercuti tanpa pedulikan tanggungjawabnya?Rasullah s.a.w bersabda:Abdullah bin Umar berkata:saya telah bertanya kepada nabi s.a.w.”Apakah perbuatan yang dicintai Allah?lalu baginda s.a.w bersanda:Solat pada waktunya.Kemudian apa?tanya saya lagi.Baginda bersabda:berbakti kepada ibubapa.Saya bertanya apa lagi?Baginda bersabda:Berjihad dijalan Allah.”(Hadis riwayat al-bukhari dan muslim)

 

  • Masalah pilihan dan pergiliran hendaklah mengikut kemampuan dan kesepakatan bersama.janganlah sampai berlepas tangan tidak pedulikan ibubapa dan mertua yang uzur disebabkan berasa saudaranya lebih mampu daripada kita.Jika nak seribu daya,tak nak seribu dalih!Allah maha mengatahui apa yang tersembunyi dalam hati.

 

 

2) Emosi mendengar Luahan ibubapa

 

  • Apabila kita mampu dari segi harta,cuba mampukan diri meluangkan masa atau meyumnagkan tenaga menjaga mereka.Cara itu tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar>Cuba isi kekosongan hati ibubapa dengan gurauan dan pandai-pandailah mengambil hati saudara kita yang bersusah payah menjaga mereka.

 

  • Jangan disalah taksir,kadang-kadang ibubapa mengadu tentang layanan buruk yang diterima,jangan sesekali kita terbawa emosi tanpa usul periksa bukan disebabkan tidak percaya dengan aduan ibubapa kita tapi mungkin mereka menyalah taksir layanan anak menantu yang tinggal sebumbung itu.

 

  • Hati memang mudah terluka sedih dan tersa hati jika usia dan hormone semakin berubah.Kita perlu belajar psikologi orang tua yang tidak sama dengan orang muda,oleh itu kesabaran amat bernilai dalm hubungan kekeluargaan sebegini.   

 

3) Dilema pilih ibubapa atau mertua?

 

  • Perkara paling sulit dilalui oleh anak adalah apabila terpaksa menghadapi dilemma siapa yang sepatutnya ditaati,apakah ibubapa atau mertua?Disebalik isu menyalahi siapa eloklah disuburkan suasana rundingan yang saling menhormati antara ibubapa dan mertua.

 

  • Tidak mustahil jika semua sepakat duduk dalam meja rundingan yang tiada siapa dilebihkan dari yang lain lama kelamaan proses adaptasi antara ibubapa dan mertua kan berjalan dengan mudah.Bukan bermakna segala yang orang tua cakap adalah betul dan tidak boleh disanggah sama sekali,bahkan agama kita mengajar untuk memberi stiap orang haknya,agama kita bukan otoritet!

 

  • Hanya saja cara penyampaian yang mesti dielokan sehalus mungkin dalam meluahkan bangkangan terhadap suatu isu yang melibatkan orang tua dan mertua.

 

Selagi mana orang tua dan mertua menjadi priority utama selayaknya anda mendapat penjagaan yang sempurna dari Allah SWT.Menjaga mereka adalah ibadat yang kedudukannya nombor 2 terbaik selepas tauhid dan memelihra mereka diutamakan dari jihad dijalan Allah.Adakah kita masih memberi alasan tak munasabah di hadapan Allah Nanti?

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top