JANGAN LAH BANGGA DENGAN BANYAK SOLAT, PUASA DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG DENGAN KITA!!!

  • Kisah Abu bin Hasyim sang ahli ibadah.Alkisah ada saorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah tinggal melakukan solat tahajud.

 

  • Pada suatu malam saat dia hendak mengambil wudhu untuk solat tahajud, Abu terperanjat oleh kehadiran sesosok makhluk yang duduk di bibir periginya.Abu bertanya, “wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”Sambil tersenyum, sosok itu berkata, “aku Malaikat utusan Allah,

 

  • Abu Bin Hazim hairan sekaligus bangga kerana kedatangan tetamu Malaikat mulia itu.Dia lalu bertanya, “apa yang mahu kamu lakukan di sini?”Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.

 

  • Ia melihat Malaikat itu memegang kitab yang tebal, Abu lalu bertanya lagi, “wahai Malaikat, buku apakah yang kau bawa itu?”Malaikat itu menjawab, “ini adalah kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah”

 

 

  • Mendengar jawaban Malaikat itu, Abu bin Hasyim berharap dalam hati,namanya pasti ada disitu.Maka ditanyalah Malaikat itu lagi, “wahai Malaikat, adakah namaku tertulis disitu?”Abu bin Hasyim yakin bahawa namanya patut tertulis di dalam buku itu,mengingati amalan ibadahnya yang tidak kenal lelah dan putusnya.

 

  • Ia selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan bermunajat kepada Allâh di sepertiga malam.

 

 

  • “Baiklah, aku periksa,” kata Malaikat itu sambil membuka kitab besarnya.Dan ternyata Malaikat itu tidak menemukan nama Abu bin Hasyim di dalamnya.Dengan tidak percaya, Abu bin Hasyim meminta Malaikat itu memeriksanya sekali lagi.“Betul … namamu tidak ada di dalam buku ini,” kata Malaikat itu.Abu bin Hasyim pun jadi gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat itu.Dia menangis semahu-mahunya.“Rugi sekali diriku yang selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan bermunajat..

 

  • Tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pecinta Allah ” ratapnya.Melihat itu, Malaikat itu berkata, “wahai Abu bin Hasyim!Bukan aku tidak tahu yang engkau bangun tahajud setiap malam ketika yang lain sedang tidur..mengambil air wudhu dan kedinginan pada saat orang lain terlelap dalam buaian malam.Tapi tanganku dilarang Allah daripada menulis namamu.”“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya,” tanya Abu bin Hasyim.

 

  • “Engkau memang rajin bermunajat kepada Allah, tapi engkau TUNJUKKAN ibadah mu itu dengan rasa bangga ke mana-mana dan asyik beribadah memikirkan diri kamu sendiri.Di kanan dan kirimu ada orang yang sakit atau lapar, tidak engkau hiraukan,ziarah dan beri makan.Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pecinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allâh ?” kata Malaikat itu.

 

  • Abu bin Hasyim rasa saperti disambar petir di siang hari.Dia tersedar bahawa hubungan ibadah manusia itu tidaklah hanya kepada Allâh semata-mata (hablumminAllâh),tetapi juga ke sesama manusia atau makhluk Allah (hablumminannas) dan sekelian alam.

 

JANGAN LAH BANGGA DENGAN BANYAK SOLAT, PUASA DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG DENGAN KITA!!!

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top