Bersyukur Jalan Terbaik Untuk Bahagia

Bersyukur Jalan Terbaik Untuk Bahagia

Kita rasa hari-hari yang kita lalu sama je kan? Bangun pagi, makan breakfast, pergi ofis, jumpa bos, buat kerja dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang sampai satu tahap, rasa hidup mendatar jee. Takde spark langsung. Pastu, nak bersyukur apanye? Macam biasa je hidup aku ni.

Sebenarnya, penting taw kita kena bersyukur selalu supaya kita tak mudah putus asa, putus harapan dan putuslah segala-galanya.

 

 

So camna nak bersyukur selalu? Meh saya share tips nak sentiasa bersyukur selalu k.

1. Bangun pagi dengan semangat.

Mula je celik mata, ucap dulu Alhamdulillah hari ni dapat bangun lagi. Ade peluang lagi nak solat, pergi kerja apa semua. Ucap dalam hati pun ok. Takyah cakap kuat-kuat.

Pastu, masa siap-siap nak pergi kerja tu, cuba senyum sikit kat cermin. Pakai smart-smart taw.

2. Senyum.

Bila jumpa orang lain ondeway nak pergi kerja ke, cuba senyum kat orang tu. Senyum ni berjangkit taw. Biasanya kalau kita senyum kat orang lain, orang tu akan senyum balik. Tapi, kalau orang tu tak senyum semula, lantak ko la. Hahaha.

Yang penting, mood kita sentiasa dalam kesyukuran lagi masa tu. Hehe.

3. Kira nikmat-nikmat kecik yang kita dapat hari ni.

Mula buat kira-kira apa benda baik yang jadi kat kita hari ni. Bukan guna kalkulator taw. Hahaha. Ingat sendiri je. Dalam hati.

Contohnya, hari ni pagi-pagi ada orang dah belanja kita makan. Pastu tengahari dapat makan sedap sikit dari biasa. Petang masa hujan, ada orang pinjamkan payung. Ala, benda-benda kecik je. Bukan yang besar-besar macam dapat anak ke kawen ke. Tak, tak.

Kadang-kadang benda-benda kecik ni la buat kita rase bersyukur sangat sebab bukan semua orang lalu benda yang sama macam kita lalu tu taw.

Ade orang mungkin kena hadap jem hari-hari nak pergi kerja sampai sakit kepala. Ade orang kena berebut naik public transport hari-hari, hadap bau badan orang la, berhimpitla dan macam-macam lagi.

Sooo, tak kisah apa keadaan yang kita lalu, mungkin tak best pada orang lain, tapi kita sendiri tau betapa bersyukurnya kita dengan keadaan tu.

Takde la rasa hari-hari lalu benda yang samaaaa je sampai rase nak muntah kebosanan. Hahaha.

Chin up, bebeh!

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.