Dibuai Cinta Gadis Misteri

Zainuddin dan Sofia sudah mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu,namun pasangan ini tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.Sofia pernah keguguran sebanyak 3 kali namun dia tidak pernah jemu mencuba untuk mengandung lagi.Sehinggalah satu hari,Sofia disahkan mengandung dan sudah tentu zainuddin paling seronok kerana jika boleh dia tidak mahu lagi kehilangan bayi yang sedang dikandung isteri tercinta.

 

 

Ketika usia kandungan Sofia 3 bulan,zainuddin diarahkan oleh majikannya untuk bertugas disebuah daerah pantai timur bagi menyiapkan projek khas.Zainuddin berasa berat hati hendak meninggalkan isterinya keseorangan di ibu kota.Walaubagaimanapun,mereka berjumpa seminggu sekali atau jika Zainuddin terlalu sibuk sebulan sekali barulah dia akan bertemu dengan isterinya.

 

 

Di tempat barunya,Zainuddin cukup selesa dengan layanan yang baik orang kampung terhadapnya.Bukan itu sahaja,Zainuddin juga disukai oleh orang bawahanya,maklumlah dia merupakan ketua projek baru disitu.Bulan pertama,dia menjenguk seminggu sekali isterinya,bulan kedua dia hanya menjenguk isterinya sekali sahaja.Hingga Sofia berasa hairan dengan perubahan suaminya.

 

 

Jatuh Cinta Kali Kedua

Setiap petang,selepas pulang dari kerja,anak dara jiran sebelah rumahnya yang bernama Siti akan menhantar makanan kepada Zainuddin.Pada mulanya,Zainuddin cukup malu kerana taknak terhutang budi apatah lagi terhadap keluarga jirannya.Namun dia tidak dapat menolak kerana Pak Uda dan Mak Uda sememangnya cukup baik.

 

 

Hampir setiap hari bertemu Siti,hati Zainuddin terus terpaut dengan kecantikan Siti.Dia tidak menyangka akan jatuh cinta kali kedua selepas Sofia.Dek kerana leka hubungan dengan Siti,Zainuddin abaikan isterinya.

 

 

Sofia pula cukup gelisah kerana hampir dua bulan suaminya tidak menjenguk dirinya.Dia mengambil keputusan untuk menjenguk suaminya.Tanpa pengtahuan Zainuddin Sofia memandu sendir ke rumah sewa suaminya zainuddin.

 

 

Zainuddin terkejut melihat kereta Honda milik isterinya berada di hadapan rumahnya.Dia cukup risau,lebih-lebih lagi jika Siti melihat kehadiran sifia.Zainuddin terus memarahi sofia dan ketika itu sofia berasakan bagai ada sesuatu yang merasuk suaminya.

 

 

Sikap dingin Zainuddin menyebabkan Sofia marah dan mengambil keputusan untuk pulang ke KL.Paling menghairankan,Zainuddin tidak langsung menghalang isterinya memandu pulang sendirian dalam keadaan yang cukup meletihkan.

 

 

Sofia cuba menhubungi kawan baik Zainuddin,Azman dan mengadu segala-galanya.Azman terus ke rumah Pak Uda dan Mak Uda untuk memberitahu apa yang berlaku.memandangkan Azman merupakan anak jati kampung tersebut dan dia sememangnya mengenali keluarga Pak uda dan Mak uda.

 

 

Azaman beritahu pada pak uda bahawa Zainuddin sedang bercinta dengan Siti,sedangkan anak Pak Uda dan Mak Uda ini sudah 5 tahun meninggal dunia akibat kepalanya terhantuk di batu semasa cuba melarikan diri daripada disamun dan dirogol oleh penjahat.

 

 

“Sebenarnya rumah sebelah ini pun suda lama tidakĀ  diduduki,harap-harap tiada lah maklus halus yang menggangu.Tak palah biar Pak Uda sendiri yang terangkan pada Zainuddin,”kata Pak Uda.

 

 

ketika itu,Pak Uda terus mengetuk pintu rumah Zainuddin,bila melangkah masuk dia ternampak sepiring pinggan berisi ulat.

“Zainuddin mari ke rumah Pak Uda,ada hal yang pakcik hendak beritahu kamu,”ungkap pak uda dan Zainuddin pun turut mengikut Pak Uda.

 

 

Zainuddin bagai dirasuk dan tidak menyedari kehadiran azman dan Sofia.Pak Uda menerangkan satu-satu peristiwa yang berlaku danterus memberikan Zainuddin air penawar.Selepas meminum air tersebut,Zainuddin terus tersedar dan tidak menyangka selama ini dia dirasuk oleh syaitan yang menyerupai Siti.

 

 

Terus dipeluk isterinya yang sememangnya sudah lama dirindui.Sofia dan Zainuddin berterima kasih pada Pak Uda.kemudiannya,Zainuddin tumpang tidur di rumah Azman sehinggalah projek siap.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top