6 Tips Mempamerkan Kasih Sayang Ibu Bapa Kepada Anak Menurut Islam… No 5 Benda Wajib Kena Buat!

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya.Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

 

 

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat.

 

Tip kasih sayang yang boleh dipratikkan oleh ibu bapa dalam memanjangkan kasih sayang kepada anak-anak secara hakiki menurut panduan agama.

 

1)Penambahan Ilmu Secara Konsisten

 

  • Ibubapa wajib mengisi diri dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai syarat utama mengemudi keluarga dan mendidik anak-anak ke syurga.

 

 

  • Keluarga yang kosong ilmu akhirat umpama sebuah bahtera yang patah layarnya di tengah lautan.

 

  • Mudah sahaja bahtera itu tenggelam dilanda badai dunia yang mencabar.

 

2)Peneguhan Tauhid

 

  • Muslim hanya bertuhankan Allah dan bukanya makhluk.memomokan anak-anak dengan hantu wajib dihindari sama sekali.

 

  • Jika tidak sia-sia lah asas tauhid yang kita terap seawal kelahiran mereka dengan laungan azan.

 

  • Asas ini kemudiannya dipanjangkan dengan arahan solat seawal 7 tahun.Tauhid ini juga menjadi pesanan Lukman Al-Hakim pada awal pendidikan beliau kepada anaknya.

 

  • Dan(ingatlah) ketika Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya,semasa ia memberi nasihat kepadanya”wahai anak kessayanganku,jangan engkau mengsekutukan Allah(dengan sesutu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kelaziman yang besar”lugman(31:13)

 

  • Lihatlah juga bagaimana cara penerapan tauhid yang dibawa oleh Rasulluallah s.a.w ketika mengajar sepupu baginda(Abdullah ibn Abbas) yang masih kecil:

 

  • Wahai anak lelaki!Aku akan mengajarkanmu beberapa pelajarab yang berguna.Jagalah Hak Allah dengan mentaati Nya,sudah pasti Allah akan menjagamu.jagalah hak Allah dengan mentaati Nya,sudah pasti membantumu.Jika engkau mahu meminta sesuatu maka mintalah pada Allah,Jika engkau mahukan pertolongan,maka mintalah dariNya.Percayalah jika seluruh umat manusia berkumpul untuk memberikanmu sesuatu manfaat,mereka tidak akan mampu sama sekali memberikanmu manfaat melainkan apa yang sudah Allah tetapkan untukmu.DAn jika mereka seluruh umat manusia berkumpul untuk memudaratkanmu melainkan apa yang Allah sudah tetapkan padamu.Pena takdir sudah diangkat dan kertas takdirmu juga sudah kering!(takdir yang ditulis sejak azali sudah muktamad dan tidak akan berubah(sunnah al-Tirmidhi).

 

3)Pemilihan Kawan

 

 

  • sebelum berpesan kepada anak supaya memilih kawan yang betul,ibubapa terlebih dahulu wajib memilih kawan yang betul agar cara didikan kita seiring cara orang soleh.

 

  • Jika ada kawan kita berlumba berbangga dengan materialistik yang mampu dicurahkan pada anak-anak mereka,pilihlah kawan yang berjaya mencurahkan siraman rohani kepada anak-anak mereka.

 

  • Ini kerana bekal rohani pada anak-anak kita jauh lebih berguna untuk mereka dan kita selepas kematian.

 

4)Pemantapan Akhlak

 

  • Lazimnya ibubap ayang berakhlak mempu mendidik anak berakhlak.Surah Luqman juga mengajarkan prinsip akhlak mulia kepada pendidikan anak-anak.

 

5)Tanamkan Cinta Pada Al-Quran

 

 

  • AllQuran memang terbukti mengubah para sahabat rasulluallah s.a.w menjadi manusia jahiliah yang berjiwa kosong kepada generasi Al-quran yang terbaik.

 

  • para  sahabat dan generasi salfussoleh menemui ‘jauhari islam yang sebenar”kerana mereka masuk ke gedung islam melalui pinu yang betul iaitu al-quran.

 

  • Sediakn program yang mampu mendekatkan anak kita dengan al-quran.lebih elok jadikan kereka para hafiz al-quran.

 

6)Doa berterusan untuk anak-anak

 

 

  • Doa adalah ibadah yang paling mudah yang tidak memerlukan modal yang mahal.Modalnya cuma lidah dan hati yang ikhlas.

 

  • Doa ibubapa kepada anak-anak ialah doa yang terbaik kerana ia dipanjatkan dengan penuh ikhlas tanpa apa-apa kepentingan.

 

  • Ia juga menerjah awan naik ke langit.Sabda rasulluallah s.a.w.”3 jenis doa yang tiada keraguan pada penerimanya(oleh Allah) iaitu doa ibubapa kepada anak sama ada doa baik atau buruk,doa orang musafir dan doa orang yang sedang dizalimi(sunan Abu Dawud).

 

  • Jika doa ibubapa kepada anak-anak mereka dimakbulkan oleh Allah,ia bakal bertimbal balik kepada ibubapa dan menjadi tabung akhirat yang berterusan isian pahalanya.

 

Jika dibiarkan anak-anak ini boleh membahayakan dirinya dan orang sekelilingnya. Bahkan, bagi anak-anak yang tidak diberikan didikan agama mereka membesar dalam keadaan tidak menyintai Allah SWT sebagai penciptanya. Malah menyalahkan Allah SWT pula. Apabila pegangan agama tidak kuat ditambah dengan tekanan yang dialami, jadi mereka akan mencari kedamaian dan ketenangan dengan mengambil dadah, minum arak dan berseronok-seronok. Bagi mereka bahan-bahan ini dapat menghilangkan kedukaan dan kesengsaraan yang dilalui.

 

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top