Hubungan Antara Menantu Perempuan Dengan Ibu Mertua Memang Cukup Sulit Dibina Dengan Baik!!…. Bagaimanakah Cara Menjadi Ibu Mertua Yang Baik?

Salah satu tentangan besar saat menjalani kehidupan rumah tangga bagi seorang wanita adalah menjadi menantu yang baik. Seringkali, menghadapi ibu mertua menjadi isu paling hot yang sering dibicarakan para wanita yang sudah menikah. Lalu bagaimana caranya membangun hidup yang rukun dengan mertua?

 

 

Sebagai ibu mertua,apakah hubungan anda dengan menantu anda baik-baik sahaja atau mengalami kesulitan untuk bersahabat dengan menantu baru anda?Masalah seperti ini seringkali terjadi dalam banyak keluarga.Tapi alangkah baiknya jika anda dapat membangun hubungan yang sihat dan penuh kasih sayang dengan menantu anda?

 

Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.

 

1. Kalau anak perempuan, minta ajalah menantu bagi mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jangan lupa jemput saya.

 

2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal dekat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.

 

3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang

 

4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.

 

 

5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup

 

6. Tak payah gosip dengan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang jugak.Berfikirlah sebelum mengatakan sesuatu. Cuba ingat-ingat bagaimana perasaanmu mendengar ucapan mertuamu ketika kamu baru saja menikah. 

 

7. Kalau anak dengan menantu bergaduh, bagitau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.Jangan memberikan nasihat tanpa diminta. Mereka sudah memiliki rumah tangganya sendiri. Biarkan mereka menyelesaikannya dengan baik tanpa ikut campur tangan orang lain, termasuk sang mertua. 

 

8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.

 

9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.Jadilah pendengar yang baik, tanpa memihak pada anak atau menantumu. Jadilah sisi yang nutral demi menyambung kembali keretakan hubungan antara anak-anakmu. 

 

10. Jangan buat tak tentu dengan anak orang. Allah tu tak lupa.

 

Ibu mertua memang berbeza dengan ibu kandung, bermaksud  beliau adalah orang asing sebelumnya yang kemudian kita kenal kerana anak beliau menikahi kita. Dan jujur saja,,yang baru kenal dan sudah kenal lama sangat berbeza.

 

Semasa bercakap antara anak dengan emak, biasanya kita tidak akan tersinggung jika yang melakukannya orang yang sudah kenal lamaa apalagi jika itu ibu kandung, “Emak saya memang begitu,” tidak sakit hati, esok juga hilang. Tapi orang yang baru kenal bercakap, rasanya mungkin berbeza malah harga diri akan tersakiti. Terlebih jika yang bercakap adalah wanita yang mencintai laki-laki yang sama dengan kita … iaitu ibu mertua.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top