Jangan Kedekut Sedekah Kan Al-Fatihah Kepada Kedua Ibubapa, Anda Pasti Akan Terkejut Perkara Ini Terjadi!!!

 

Ayah dan ibu adalah permulaan kita. Tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini. Setiap agama di dunia menyuruh kita memuliakan kedua-dua ibu bapa kita, tidak kira siapa mereka dan bagaimana mereka melayani kita. Malah Islam sentiasa menganjurkan anak–anak untuk memuliakan ibubapa dan menjaga mereka dengan baik. Nabi juga pernah bersabda bahawa ‘redha ibu bapa adalah juga redha Allah’. Begitulah tingginya nilai dan martabat ibu bapa yang digariskan dalam Islam.

 

Namun tidak dinafikan, ada anak-anak yang membalas dendam pada kedua ibubapa kerana masa kecil, ibubapa tidak begitu mempedulikan mereka kerana kesibukan bekerja atau kerana tekanan hidup. Malah tidak terkecuali ada juga ibubapa yang sangat baik dan telah banyak berkorban untuk anak-anak tetapi hidup terabai dan terpaksa menghabiskan sisa hidup usia tua mereka di rumah orang tua dan keseorangan.

 

Sayangkan kedua ibubapa anda, sama ada masih hidup atau pun sudah tiada dengan membaca surah al-fatihah setiap pagi.

 

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

 

” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

 

 

Huraian hadith:

 

  •  jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

 

  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

 

  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

 

  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

 

  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

 

 

Kesimpulannya:

 

  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari

 

  •  Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

 

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,

 

  • rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,

STPM, IJAZAH dan lain-lain …..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

 

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

 

Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

 

Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

 

Masyarakat perlu kembali pada norma kehidupan yang lebih murni, menjaga kerukunan rumahtangga, mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan paling penting kembali ke jalan agama yang banyak memberi panduan dan ajaran dalam kehidupan serta menjamin ketenangan hidup. Ingatlah bahawa hidup ini satu putaran, jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, insya Allah suatu hari nanti apabila tua, anak-anak pula akan berbuat baik kepada kita.

 

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top