Kenapa Ubi Kentang Baik Untuk Kesihatan Anda ?

Khasiat ubi kentang yang cukup terkenal dengan julukan kacang bumi ini seringkali mengisi menu enak di restoran makanan segera, lantas membuatkan ramai beranggapan ia musuh diet yang patut dijauhi. Benarkah begitu?

MITOS TINGGI LEMAK

Di sebalik gaya masakannya yang begitu versatil, ubi kentang turut berdepan krisis imej yang besar. Ramai yang beranggapan kentang mampu menggemukkan badan pabila melihatkan menu-menu tidak sihat seperti ‘french fries’, ‘potato chips’, kentang bakar dan sebagainya. Namun begitu, kentang sebenarnya cukup berkhasiat, malah turut tergolong sayuran yang bebas lemak. Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari bagaimana cara anda menyediakannya.

Senipis-nipis kulitnya, disitulah tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan. Jadi, usah dikupas kulit kentang, tetapi pelbagaikanlah gaya masakan anda seperti memanggang, melenyek, merebus, stim dan grill kerana ia begitu enak dimakan begitu sahaja.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top