Lelaki Pantang Dengan 8 Perkara Ini!!!! lelaki Paling Pantang No 2, Jom Kenalinya….

Lelaki sering berkata wanita ini manusia yang pelik.Wanita pula mempersoalkan lelaki manusia yang penuh ego dan tidak boleh menerima kritikan orang lain.Mereka sentias menggagap apa yang dilakukan itu adalah yang terbaik.Sebarang kata-kata berbaur kritikan,komen dan sebagainya ada diantara mereka yang tidak boleh terima.

 

 

Namun bukanlah semua yang bersikap sedemikian.Ada juga yang boleh mnenerima kritikan dan menganggapnya sebagai pandangan membina.Dalam pada itu,mahu menjadi seorang yang terbaik di sisi lelaki yang bergelar suami mahupun bakal suami ada beberapa kepantangan yang perlu wanita ketahui.

 

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.

 

 

Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’.Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

 

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya.

 

Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya. Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

 

3.Sekat Hobinya

 

Hobi lelaki adakala nya memerlukan kos yang tinggi.Contoh go-kart,memancing dan pelbagai alat gajet yang lain.Selain ia tidak menggangu ekonomi rumah tangga anda dan tidak mengabaikan masa dengan anda dan anak-anak,jangan sekat hobinya.Emosi lelaki juga boleh berubah dengan serta merta jika anda tidak menyokong hobi dan minatnya.

 

4.Kritik Kawan Baik

 

 

Elakkan mengkritik rakan baiknya.Tambah lagi jika rakan itu rakan sejak kecil hingga ke kolej,semasa bujang dan sehingga lah masing-masing sudah berkahwin.Wanita pun obsesi dengan rakan baik mereka ketahuilah lelaki juga begitu.Pantang mereka jika pasangan acap kali komplen mengenai rakan baiknya dan tidak suka dengan rakan baiknya.

 

5.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda?

 

Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia boleh mengintimkan hubungan,membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara untuk hubungan yang aman harmoni.

 

6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, dahkan minat dia juga perlu anda sokong.

 

 

Jangan tatkala ia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman kerja, anda tokok tambah lagi dengan menyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannnya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan berbicara lagi dengan anda.Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri dipihaknya. Jika perlu beri pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

 

7.Jangan bandingkan

 

Jangan sesekali membandingkan.lelaki pantang pasangan mereka membandingkan mereka dengan lelaki lain.Terasa diri sangat  tidak berguna.Jadi wanita berwaspadalah marah macam mana sekalipun jangan sampai membandingkan pasangan anda dengan orang lain.Jangan puji lelaki lain dihadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan didalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.

 

 

8.Lelaki penuh dengan keegoan.

 

Miskipun dia berpedidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila membuat keputusan.Berikan dia kuasa kepimpinan. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik membangkang.

 

 

Oh well, kalau anda rasa perangai perempuan adalah ‘mengecewakan’ kerana sering mengada-ngada dan mahu menang, lelaki akan jadi lebih ‘mengecewakan’ bila mereka mula meluat dengan kita yang perempuan ni dan nekad mahu memutuskan hubungan kerana sudah bosan

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top