‘Mata Panda’….. Ini Cara Bombastik Hilangkan ‘Mata Panda’!!!!

Assalamualaikum dan Hai…Ni nak share cara-cara saya hilangkan eye bag dan mata panda dengan menggunakan bahan-bahan yang natural dan senang dapat di rumah dalam masa 30 minit. (Mungkin tak sampai 30 minit). Sila baca sampai habis.

 

 

Eye bag dan Mata Panda adalah mimpi ngeri yang saya sendiri alami sejak dari usia remaja lagi. Makin berusia ni makin lah nampak. Walaupun sekarang saya masih 25 tahun, tapi mata macam orang tua nampak letih ja.

 

Anda pernah tak alami, pagi-pagi tengok cermin muka dah macam panda. Haha. Jangan segan, saya pun alami. Sebenarnya ianya bukan identiti kita yang sebenar. Ini menunjukkan yang kita seorang yang suka tidur lewat malam. Mata Panda tu sebenarnya sementara saja. Tapi kalau kita tak rawat, ianya akan jadi selamanya.

 

Jangan risau! Kalau anda nak mulakan hari dengan yakin, gembira dan BOMBASTIK, sila baca tips-tips yang saya bakal kongsikan sekejap lagi. Sebab ianya berkesan untuk saya, dan mesti berkesan untuk anda jugak.

 

 

1. Minum Banyak Air Masak/ Air Putih

 

  • Beg bawah mata tu jadi kadang kala disebabkan oleh water retention. Iaitu kandungan garam yang tinggi di kawasan tersebut.

 

 

  • Sebab tu lah kadang kalau kita banyak menangis, haaa bengkak lah mata sembab. Sebab garam kat situ banyak. So, untuk hilangkan, selalu lah minum air masak, kurangkan makanan yang masin dan kurangkan lah minum air kopi.

 

2. Legakan Mata Dengan Benda Sejuk

 

  • Selalu kan kita dengar letakkan timun kat mata kononnya untuk hilangkan eye bag dan gelap bawah mata. Sebenarnya tujuan letak timun adalah untuk sejukkan suhu bawah mata tu.

 

  • Letak dalam peti sejuk dulu lagi bagus. Ada juga orang letakkan uncang teh. Letak sudu sejuk pon ok. Sudu diletakkan dalam freezer semalaman lepastu letak kat mata 10 – 15 minit.

 

3Makan Makanan Berkhasiat

 

  • Ini adalah cara yang paling berkesan tapi paling boring untuk orang nak ikut. Manusia lebih suka cara-cara yang fancy dan magic. Sedangkan ini lah ‘core’ atau asas dalam apa saja yang berlaku di dalam diri anda.

 

  • Kelawaan anda adalah bergantung pada pemakanan anda. Selalunya eyebag dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12.

 

  • Makanlah sayuran, buah-buahan lagi-lagi sayuran yang berdaun hijau contohnya, kubis, bayam dan kale. Kurangkan pengambilan garam sebab garam akan menyebabkan pengekalan air dalam badan dan akan mengakibatkan eye bag.

 

  • Jadi kesimpulannya, tak guna buat kaedah macam-macam tapi kesihatan tak jaga.

 

4.Putih Telur

 

  • Kacau-kacaukan telur putih dan sapukan ia di bahagian bawah mata. Sapu guna brush. PERHATIAN, bila telur tu dah kering, anda akan rasa tegang sikit.

 

  • Tapi itu adalah petanda baik, dun wurri okey. Biarkan selama 20 minit, lepas tu bilas seprti biasa.

 

5.Dapatkan tidur Yang Mencukupi

 

  • Dapatkan tidur malam yang mencukupi. Untuk dewasa, biasanya 7-8 jam semalaman. Tidur dengan keadaan kepala dinaikkan sedikit. Pakai bantal yang tinggi sikit. Ini supaya air tak terkumpul di bahagian mata semasa tidur.

 

 

Jadi untuk anda-anda taknak digelar mata panda,tak nak orang nampak kita tidak bermaya dan macam tak cukup tidur jer…rajin-rajinkan lah amal petua diatas.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top