Masih Bingung Antara Kerjaya Dan Anak? Antara … Berikutnya Cara Wanita Berkejaya Dan Menjadi Ibu Yang Baik

Seseorang ibu mencurahkan kasih saying sepenuhnya kepada anak yang nyata tiada tandingan dengan cara memanfaatkan masa bersama anak an keluarga.Walau bagaimanapun,komitmen seperti jadual kerja yang padat akan mengurangkan masa bersama anak.Admin berkongsi tips memdidik anak bagi ibu berkerjaya.

Cabaran bagi ibu bekerja ialah mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga.Dia perlu bijak membahagikan masa berkualiti bersama suami dan anak.Menumpukan perhatian dan tidak membenarkan hal kerja menggangu waktu bersama keluarga.

 

 

1)Guna gajet dengan betul

 

  • Tonton televisyen pada waktu tertentu sahaja.jangan ada pape skrin di meja makan kerana waktu makan adalah masa untuk keluarga.

 

  • Pengunaan teknologo perlu bijak diimbangi.Misalnya digunakan untuk belajar Bahasa mengunakan aplikasi tertentu.Gunakan dengan betul,maka teknologi akan membawa manfaat.

 

2)Atur rutin sebaiknya

 

  • Jika rutin anda menjemput anak dari sekolah setiap hari,maka buat jadual dengan betul.Jika tidak dapat menjemput anak pada waktu yang telah ditetapkan,cari orang lain untuk ganti.

 

  • Jika rutin setiap malam ialah membacakan buku cerita pada anak,jangan sesekali gagal melakunya.Sentiasa utamakan waktu seharian yang penting dan khusus untuk mereka.

 

 

3)lakukan aktiviti hujung minggu

 

  • Elakkan berkerja ketika anak cuti sekolah.Bukan bermaksud perlu membawa anak beli-belah atau bawak anak pergi melawat tempat peranginan.

 

  • Cukup sekadar pergi ke taman pada waktu pagi atau keluar bersarapan di tempat kegemaran anak.Asalkan ibubapa ada bersama anak pasti anak akan rasa gembira.

 

4)Jelas perkara sebenar

 

  • Bawa pulang kerja dirumah bukanlah perkara yang betul.namun jika terpaksa melakukannya,jelaskan perkara sebenar kepada anak.

 

  • Sebolehnya siapkan kerja selepasa anak masuk tidur.Jika terpaksa siapkan masa anak belum tidur,ganti balik masa itu.

 

5)Elak stress

 

  • Jangan terlalu memaksa diri sendiri.Jika terlalu stress,jangan sampai melepaskan stre itu pada suami dan anak.Jangan biar mereka menjadi mangsa.

 

  • Tenangkan diri pergi gymnasium atau urut di spa.Ada kala,waktu bersendirian akan meredakan stress.

 

6)Fahamkan majikan

 

  • Ramai wanita meletak jawatan kerana majikan tidak cuba memahami tanggunjawab kakitangan yang bergelar ibu.

 

  • Suarakan cadangan kepada majikan kerana majikan sepatutnya mendengar suara kakitangan.

 

Apa sahaja yang dilakukan, jangan sesekali lupa akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Kita hanyalah hamba yang kerdil, dan keutamaan kita di dunia adalah mencari keredhaan dan rahmat dari Nya. Jadi jangan la sombong. Tetap la sujud dan bersyukur dengan pemberian-Nya.

 

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top